“Tidak Cuba Bahagia Dengan Gaya Hidup Orang Lain,”- Sambut Ulang Tahun Kelima Perkahwinan, Ini Ucapan ‘Bersemut’ Amir Raja Lawak Buat Isteri

Share

Hari ini genaplah usia perkahwinan pelawak, Amir Raja Lawak dan isterinya, Nur Intan Syafinaz yang ke lima tahun.

Momen indah itu dikongsikan Amir menerusi entri terkini di laman Instagram yang memperlihatkan dia dan isteri sedang menikmati makan malam romantis di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kita yg ke-5 buat isteriku tercinta. Alhamdulillah. Kita kekal dengan cara kita, tak mengikut cara hidup orang lain.

“Kita bahagia dengan cara kita, tidak cuba bahagia dengan gaya hidup orang lain.
(Kira tak macam cerita tan sri p.ramlee la, orang beli tv baru dia nak tv baru, orang beli kereta baru dia nak kereta baru),” tulisnya.

Dalam pada itu, pemenang tempat ke-3 Raja Lawak musim ke-3 itu turut meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan buat diri dan keluarganya selama ini.

“Masing-masing pun dah cukup mengenali, apa yag kurang, kita saling melengkapi. Walau ada yang belum cukup, in shaa Allah di hari kemudian pasti ada, aamiin.

“Semoga kita sihat-sihat selalu dan dilancarkan urusan kerja dan perjalanan hidup kita, in shaa Allah aamiin.

“Terima kasih Allah (syukur) dengan cinta yang aku temui ini. Berkatilah hubungan yang halal ini dengan limpahan rezeki dan kasih sayang dariMu, aamiin.

“Semoga hubungan ini kekal sampai ke jannahMu Ya Allah, aamiin ya mujib. I love u @intan.saari ” kongsinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan ucapan buat Amir dan juga pasangannya itu.

Terdahulu, Amir dan Intan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Bagaimana pun, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram Amir Raja Lawak

IKLAN