Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan dia tidak berdepan sebarang masalah mengarahkan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki di dalam filem pertamanya yang berjudul Cikgu VS Hantu.
Pernah berganding sama menerusi filem Papadom, Liyana memberitahu, hubungannya bersama Afdlin memang akrab dan sudah pun saling memahami.
“Sebenarnya tiada masalah untuk mengarahkan pelakon seperti Afdlin Shauki. Masa saya muda pun dia tahu saya memang minat dalam bidang pengarahan sampai saya sambung belajar mengenai filem di luar negara.
“Masa saya menulis watak Cikgu Daud, saya memang dah fikirkan Afdlin Shauki. Gaya watak ini memang saya buat khas untuknya. Selepas filem ini mendapat kelulusan FINAS, saya terus hubungi beliau.
“Bila saya jelaskan mengenai watak, Afdlin pun seronok mendengarnya dan dia juga teruja nak berlakon di bawah arahan saya,” katanya kepada MH.
Liyana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cikgu VS Hantu, pada Isnin.
Ads
Katanya lagi, sepanjang penggambaran, Afdlin juga sedia untuk memberikan kerjasama agar naskah dapat disempurnakan dengan baik.
“Tidak berlaku percanggahan pendapat di antara saya dan Afdlin. Dia hanya mempersoalkan sahaja mengenai sesuatu babak itu.
“Bila ada yang mempersoal, saya rasa keadaan itu bagus sebab kita akan berusaha cari jawapan.
“Ketika di set, Afdlin ini ibarat macam guru ketika saya di sekolah filem. Saya pun dah terbiasa dengan situasi sebegitu. Jadi, saya tak mudah sentap sebab ia dah jadi budaya pembikin filem.
Ads
“Bila orang hebat yang mempersoalkan mengenai karya kita, kita akan lebih berhati-hati dan berfikiran jauh.
“Saya pun dah lama berkecimpung di dalam industri. Pengarah-pengarah lain pun tak lokek ilmu dengan saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Afdlin menyifatkan percubaan pertama ini sebagai satu usaha yang baik dan dia juga percaya Liyana akan menjadi pengarah yang baik pada masa akan datang.
Ads
“Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini hanya satu sebab sahaja. Iaitu kerana Liyana Jasmay. Saya sifatkan ia seperti paksaan yang akhirnya menjadi keseronokkan.
“Apa yang Liyana buat, saya sentiasa akan sokong. Dia anak saya dalam filem Papadom. Sekarang dah besar dan dia pula jadi pembikin filem. Ramai orang industri ini nak melihat Liyana Jasmay berjaya.
“Saya sifatkan percubaan pertamanya ini sabagai satu kejayaaan. Saya sendiri masih belajar lagi ketika ini. Saya percaya karyanya akan lebih baik lagi selepas ini,” ulasnya.
Terdahulu, Cikgu VS Hantu akan mula ditayangkan secara langganan di saluran Astro First (480) pada harga serendah RM15.
Selain Afdlin, filem komedi seram ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Khir Rahman, Juliana Evans dan Shuk Sahar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kalau kita nak buang pun saya difahamkan lebih sakit berbanding ketika proses cacahan tatu. Malah kosnya juga lebih mahal. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih memang nak buang.
“Ramai yang sangka saya cacah tahu kerana sikap ‘rebel’. Tapi sebenarnya tidak. Mungkin kerana persekitaran. Saya tidak salahkan sesiapa sebab ini khilaf saya,” katanya kepada MH.
Menurut Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, dia sebenarnya berat hati untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air dalam keadaannya yang bertatu.
“Bagi saya hal ini sesuatu yang sensitif, apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Sebenarnya kalau nak diikutkan dengan keadaan diri saya sekarang ini, saya dah tak nak keluar (kembali aktif).
“Tak ada hati… sebab dalam keadaan yang saya tidak bersedia. Malah saya pun fikir mungkin sudah tidak ada tempat, sebab dalam keadaan begini.
“Tapi saya beranikan diri, meski saya tahu mungkin akan dikecam. Sebelum sertai GV9, saya sudah fikir ‘aku akan kena kecam, benda ini akan keluar.’
“Tapi saya sanggup hadapinya, demi anak-anak. Ini peluang (rezeki) untuk mereka,” katanya lagi.
Krisdayanti merupakan figura popular yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Baru-baru ini penyanyi dan juga ahli politik terkenal Indonesia ini telah menyambut majlis istimewa ‘Tedak Siten’ untuk cucu sulungnya, Ameena Hanna Nur Hatta.
Ameena merupakan cahaya mata pertama anak sulungnya, Aurel Hermansyah dan menantu, Atta Halilintar. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai acara tersebut adalah penampilan mereka sekeluarga yang kelihatan sajak dalam persalinan rona jingga.
Persalinan tradisi seperti baju melayu dan kebaya menjadi pilihan. Krisdayanti yang tidak pernah kalah bergaya tampil menawan bagaikan puteri keraton dalam persalinan kebaya renda siap dengan perincian riben besar dan dipadankan dengan kain batik motif jawa.
Majlis Tedak Siten merupakan satu majlis sempena usia bayi mencecah bulan ke tujuh atau lapan. Tedak bermaksud melangkah, manakala siten atau siti bermaksud tanah atau bumi. Jadi secara literalnya, tedak siten bermaksud sedang memijak bumi.
Upacara ini bertujuan sebagai bentuk penghormatan kepada bumi, yang mana kanak-kanak mula belajar berjalan. Selain itu, tedak siten diwarisi turun temurun sebagai harapan ibu bapa agar anak itu bersedia dan berjaya dalam memijak kehidupan apabila membesar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kridsayanti, Instagram Aurelie Hermansyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya, Nabil Jeffri, pelakon Raysha Rizrose mendedahkan mereka pernah sekali mengalami ‘putus cinta’.
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26, berkata, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil,29, yang juga pelumba kereta Formula 3 berjaya memujuknya.
“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku.
“Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin.
“Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya kepada MH.
Raysha yang juga Juara Dewi Remaja 2015 ini membuat penampilan pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman dan Ruzaini, sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan.
Ditanya mengenai bila hatinya terdetik untuk menjalani kehidupan berumah tangga, Raysha akui perasaan itu hadir sendiri.
“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah buat saya tertekan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.
“Kini saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya sudah 26 tahun, alhamdulillah dah capai apa yang dimahukan, kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” katanya lagi.
Raysha bagaimanapun akui, lebih selesa untuk mengadakan majlis raja sehari yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikan momen indah bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...