Selepas memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan dipercayai pusat tahfiz miliknya yang telah dirobohkan, Datuk Aaron Aziz tampil menjelaskan situasi sebenar.

Tidak mahu sebarang spekulasi yang tidak betul diperbesarkan, bintang asal Singapura ini ada berkongsi satu potongan video di Instagram berkaitan hal yang telah berlaku pada institusi yang terletak di Langkawi itu.

Jelas Aaron dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan ia tidak mempunyai kaitan dengan politik atau permit.

“Saya perlu buat video ini, berkenaan dengan pusat tahfiz saya. Tolong kepada netizen yang buat andaian sendiri, jangan buat spekulasi.

IKLAN

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebab itulah saya kata ia di luar kawalan dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Benda itu sudah pun berlaku. Kalau mungkin ada yang mungkin patut disalahkan pun, sayalah. Saya salah… Tidak periksa betul-betul atau apa.

“Tapi tidak mengapa, tiada masalah. Benda itu bukanlah teruk mana pun. Kenapa saya kongsi ia, sebab saya harus umumkan hal tersebut.

IKLAN

“Kalau saya saya bina sekali lagi, para penderma akan tanya, kenapa kena bila lagi. Jadi saya cuma nak beritahu saja. Bukan nak salahkan mana-mana pihak.

“Tidak ada kena mengena dengan kerajaan, politik, atau lesen serta permit. It just happend to be like that. Saya pun tak nak cerita banyak dan orang lain buat doa dengan membuat andaian sendiri sehingga timbulnya fitnah.

“Tolong jangan spekulasi apa-apa. Benda ni dah selesai pun dan kita akan bina semula, insya-Allah,” katanya.

IKLAN

Pelakon filem Pisau Cukur ini juga turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ramai dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Terima kasih semua, rakan wartawan yang nak ambil tahu saya tak boleh cakap banyak. Terima kasih atas keprihatinan. Doakan pihak kami dipermudahkan segala urusan.

“Jangan kita rumitkan keadaan lagi. Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kalau nak salahkan siapa-siapa, salah saya,” katanya panjang lebar.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI