Tidak ada pertandingan, sebaliknya perjalanan Big Stage 2020 (BS2020) minggu ini berjalan dalam suasana sayu menerusi Konsert Tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Reda atas pemergiaan salah seorang peserta program berkenaan iaitu Allaharham Sandra Dianne, pengisian malam tadi turut terisi dengan doa, persembahan serta perkongsian rakan seperjuangan yang berkongsi momen terakhir bersama arwah.
Dayang Nurfaizah selaku juri BS2020 membuka tirai pada malam mengenang arwah menerusi dengan lagu Di Pintu Syurga.
“Sukar untuk nyanyikan lagu tersebut sebenarnya. Nak nyanyi pun masih rasa sebak. Kami kenal agak lama dan pernah bekerjasama.
“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,” kata Dayang pada sidang media.
Ads
Sejurus persembahan oleh Qody Rany, rakan selebriti seperti Neeta Manis dan Wani Kayrie turut diundang bagi berkongsi saat indah bersama selain Sufi Rashid yang pernah mengalunkan lagu secara duet dengan arwah Sandra dalam saingan BS sebelum ini turut hadir.
Menyifatkan arwah seorang yang baik dan berdikari, Neeta memberitahu hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa tahun ketika Allahyarham mempromosikan single, Hey Kau.
Selain itu, tiada tepukan sepanjang konsert berjalan, suasana pilu dan syahdu turut menyelubungi dewan apabila video serta foto hitam putih Sandra dikongsi pada skrin besar.
Malah hos BS2020, Alif Satar dan Sherry Alhadad turut mengakui mereka sudah berjanji untuk tidak menangis sepanjang konsert.
Ads
Bagaimanapun, keduanya dilihat sebak apabila Neeta menyanyikan lagu terbaru arwah Sandra yang berjudul Tulus.
Neeta yang mengenakan persalinan gaun serba hitam mengalunkan lagu tersebut yang nyata menjentik emosi.
Ads
Terdahulu, Allahyarham merupakan salah seorang peserta BAS2020 bersama 11 peserta lainnya iaitu Farisha Iris, Amir Hassan, Usop, Azzam Sham, Hanie Soraya, Yamani dan Hafiz Zainal.
Turut sama bersaing tahun ini ialah Dinie Rashid, Qody Rany, Fadh Majid dan Nana Sheme.
Selain Dayang, Faizal Tahir juga membuat persembahan sementara Elly Mazlein yang turut kelihatan sebak ketika membaca status dan komen yang dilayangkan wargamaya.
Allahyarham Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 26 tahun kira-kira jam 1 pagi, pada Jumaat setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah pada jam 5.45 petang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pengguna media sosial yang gemar menggunakan agama untuk mencaci orang lain meski diri sendiri belum pun tentu sempurna.
Malah, tunang kepada Ayda Jebat itu turut menempelak mereka yang sanggup membuat akaun palsu demi menghentam orang lain.
“Ramai kat Instagram ni suka caci orang pasal agama tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?
“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin,” tulisnya pada satu posting video pendek yang dikongsi Nabil di Instagram.
Konsert Big Stage 2020 minggu keempat menjadi persembahan terakhir bagi Yamani Abdillah dalam saingan program realiti berkenaan apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Bertemakan ‘Baby Bash’, anak kepada penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah itu mengumpul markah sebanyak 62 peratus, sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir.
Malam tadi, Yamani menyampaikan lagu Mimpi Laila. Sementara Usop yang mengumpul markah tertinggi dengan 86.2 pula mendendangkan lagu Bukan Ku Tak Sudi.
Sementara, pihak juri bersepakat menggunakan imuniti bagi menyelamatkan Qody Rany yang sebelum ini turut tersenarai dalam kelompok tiga markah terendah.
Penyanyi rap Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan di sampai Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir menggalas sisi sebagai juri tetap musim ini.
Elly Mazlein pula bertindak sebagai presiden netizen.
Terdahulu, Sandra Dianne tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Peserta yang membuka tirai persembahan minggu keempat, Azzam Sham sekali lagi dipilih sebagai BBNU Paling Gempak dua minggu berturut-turut selepas mendapat undian tertinggi peminat.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi berita yang memaklumkan kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.58 malam Isnin.
Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Lalu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwah kakaknya.
“Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.
“Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.