Kejayaan luar biasa lagu Pujaanku hasil kolaborasi bersama penyanyi, Aisyah Aziz bukanlah sesuatu yang baru buat band, Kugiran Masdo.
Masakan tidak, Kugiran Masdo juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu hits yang meraih jutaan pendengar seperti Pujaanku, Dinda dan Bunga sehingga berjaya menembusi pasaran di negara-negara jiran.
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, kesemua lagu yang ditulis lebih tertumpu kepada soal rasa agar ia mampu menambat jiwa para pendengar.
“Pujaanku berjaya menjadi lagu Melayu yang paling banyak distrim dan band nombor satu di Sportify ketika ini. Setiap hari, ia distrim lebih 40,000 kali.
“Tiada ramuan pun sebenarnya. Kita pun tidak meletakkan sebarang perancangan dalam penghasilan lagu. Ia lebih kepada soal rasa.
“Kalau bercakap tentang komposer atau penulis lagu, bila mereka hasilkan sesebuah karya, ia harus sampai ke jiwa pencipta terlebih dahulu sebelum ke jiwa orang lain.
Ads
“Mungkin disebabkan lirik dan melodi itu sendiri yang membuatkan para pendengar tersentuh. Malah, lagu kami pun banyak berdasarkan realiti kehidupan,” katanya kepada MH.
Kugiran Masdo ditemui media ketika majlis mengumuman kolaborasi band tersebut bersama jenama skuter popular United Kingdom, Royal Alloy yang berlangsung di Glasshouse, Seputih, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ali turut menzahirkan rasa syukur selepas satu per satu lagu mereka berjaya menempa kejayaan.
Ads
“Bila sesebuah lagu itu berjaya sampai ke jiwa pendengar, itu yang membuat ia itu mempu bertahan lama dan menepati kritiria untuk menjadi ‘evergreen’.
“Seperti lagu Dinda, saya pun tak tahu di mana magisnya sampai viral berulang kali di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ia seperti satu fasa yang tak habis.
“Malah, dari segi data pendengar, Dinda merupakan lagu yang paling banyak distrim di seluruh dunia. Perasannya memang luar biasa. Kami hanya usaha, Allah yang bagi rezeki,” ulasnya lagi.
Ads
Sementara itu, pemain bass, Putuceri pula akui terharu dengan sokongan tanpa henti yang ditunjukkan para peminat sehingga hari ini.
“Kalau kami mengikut kehendak orang luar, mungkin kami tidak akan berjaya menghasilkan karya yang memuaskan. Saya juga tak mampu nak berterima kasih kepada para peminat.
“Sama ada kami lancarkan lagu atau merchandise, mereka tunjukkan sokongan luar biasa. Disebabkan mereka pengaruh Masdo tersebar luas,” katanya.
Terdahulu, Royal Alloy Kugiran Masda bakal melancarkan skuter edisi terhad yang diberi nama ‘Dinda’.
Untuk fasa pertama, Skuter Dinda bakal dihasilkan sebanyak 50 unit dan ia juga bakal menjadi ‘collectable items’.
Pembeli juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muzik video lagu Kugiran Masdo yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menurut Fazley, pelbagai cabaran telah dia dan isteri tempuhi bagi melayari bahtera perkahwinan disamping kehadiran empat orang cahaya mata.
“17 tahun hari ini. Satu perjalanan yang sangat indah. 17 tahun lamanya bersama empat orang anak bukan perjalanan yang mudah.
“Kami melalui pelbagai liku-liku pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum mampu tiba ke 7 November 2023. 17 tahun pernikahan telah berlangsung,” tulisnya.
Nukilan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Asmara Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi mengenak kejadian aneh yang berlaku ketika majlis resepsi mereka dahulu.
“Gambar-gambar ini saya kongsikan dari majlis persandingan kami yang penuh dengan air mata di Gedung Lalang, Seremban, Negeri Semblian.
“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu.
“Syukur pada Allah. Semua yang cuba digagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fazley turut merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang kini difahamkan sedang menyertai ekspedisi mendaki kem pengkalan Gunung Everest.
“Terima kasih adik sayang kerana menjadi teman terbaik, pasangan yang sangat memahamk dan ibu kepada anak-anak kita. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-17.
“Selamat mendaki ke Everest Base Camp. Saya dan anak-anak akan menantikan kepulangan awak 27 hari lagi. Bismillah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2006.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazley Yaakob & Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutuskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.
Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.
“Makin banyak kes Covid 5725 (kes baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas vaksin datang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.
“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. Covid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis hospitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Sumber: Instagram Bonda Rozita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon veteran, AR Badul memaklumkan dirinya reda dan menerima ujian dariNya selepas anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya dilapor meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
“Saya reda dan terima ujian Allah ini,” katanya.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 70 tahun itu memberitahu dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi, hari ini.
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi.
“Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” jelas Badul mengenai insiden yang berlaku terhadap arwah anaknya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun.
Badul pada masa sama menambah, dia sedia memahami tugas anggota komando yang berdepan risiko dengan nyawa, bagaimanapun insiden kematian melibatkan anaknya berlaku ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.
Sumber/Foto: Harian Metro, Astro Awani, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...