Tiada Niat Berahsia, Azwan Kombos Umum Ezzaty Abdullah Hamil 8 Bulan! – “Dah Lama Nak Share Berita Gembira Ni Tapi…”

Share

Pelakon, Azwan Kombos menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya yang juga merupakan aktres, Ezzaty Abdullah kini sedang hamil anak kedua mereka.

Menurut Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos, kandungan isterinya itu kini dilaporkan telah pun menginjak usia lapan bulan.

Katanya lagi, dia dan isteri tidak berniat niat untuk menyembunyikan mengenai soal kehamilan tersebut, namun, akibat kesibukan menjalani kehidupan harian, mereka sukar untuk mencari waktu yang sesuai.

“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yg sesuai,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Azwan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri serta kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya lagi.

Menerusi entri terkini di laman Instagram, Ezzty turut menzahirkan rasa teruja apabila bakal bertambah ahli keluarga tidak laman lagi.

“Next month bertambah bilangan keluarga kami InsyaAllah,” tulisnya gembira.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Azwan dan Ezzaty.

“Wow, congrats Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah. Harum nak jadi kakak dah.

“Tahniah, semoga dipermudahkan segalanya.

“Amin. Semoga dipermudahkan segalanya. Moga mummy dan baby sihat-sihat selalu.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga dipermudahkan untuk bersalin nanti dan doakan saya juga ya untuk dapat baby,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber: Instagram Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah

IKLAN