Menjelang sambutan Aidilfitri ini, wanita bergelar isteri pastinya sibuk membuat persiapan.Bukan sahaja untuk diri sendiri, anak-anak dan rumah tangga, paling penting untuk si suami tersayang.Pelbagai perkara dirancang hendak dilakukan bagi memenuhi aktiviti sempena hari berbahagia itu dengan pasangan.

Bagi Izreen rutin kehidupannya tidak banyak beza, sementelah dia sibuk dengan kerjaya dan menjaga anaknya, Adrian Umar yang kini berusia empat tahun

‘Tiada Masalah Sambut Raya Sebagai Janda’ – Izreen Azminda

“Bagi saya apa yang membezakan raya saya dengan yang sebelumnya? Tiga tahun lalu saya beraya sebagai isteri orang,tapi sejak tiga tahun lalu,saya beraya sebagai janda.Ya,bunyinya memang macam sedih,kelakar pun ada

 

“Tapi apa yang boleh saya cakap,saya bahagia dan seronok dengan kehidupan sekarang.Bukan kerana boleh keluar dengan mana-mana lelaki, tetapi skop gembira yang saya maksudkan ialah, saya seronok bersendiri tanpa perlu fikirkan hal sesiapa kecuali anak dan keluarga saya sahaja.

 

“Tambahan lagi untuk tahun raya ini, saya masih lagi solo.Cuma persiapan raya untuk anak pastinya jadi keutamaan. Memang dari awal saya sudah sediakan baju raya buatnya kerana saya sibuk sepanjang Ramadan ini dengan penggambaran. Jadi kerana tidak mahu kelam kabut pada saat akhir,jadi awal-awal lagi Adrian sudah ada baju rayanya sendiri.

Saya sengaja banyakkan baju raya kasual buatnya kerana biasalah budak-budakkan.

IKLAN

“Pakai baju kasual senang bergerak dan boleh ditukar bila-bila masa saja”, terang Izreen.

Tambah Izreen, tiada masalah antara dia dan bekas suaminya untuk terus berhubung terutama hal yang berkaitan anak-anak mereka.

“Saya pun bersyukur kerana bekas suami sentiasa menyokong dalam persediaan raya untuk anak kami.Meskipun tidak bersama,namun dia tetap ambil berat.Bukan hanya untuk raya saja,tapi untuk kebajikan anak saya juga tetap terjaga.Keluarga juga ada menghubungi untuk bertanya khbar.Tidak bersama tak bermakna sudah putus silaturahim kan? Akuinya lagi.

 

IKLAN

‘Tiada Masalah Sambut Raya Sebagai Janda’ – Izreen Azminda

IKLAN

 

Sumber : Media Hiburan Julai 2016

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI