Penyanyi legenda rock, Amy Search menerusi Instagram memberitahu, anak keenamnya telah pun meninggal dunia dalam kandungan ibunya. Berita menyedihkan itu dikongsi sendiri malam tadi.

“Degupan itu akhir nya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Malah, penyanyi senior itu turut reda dengan dugaan menimpa dan membayangkan ia hadir bersama keindahan serta kesabaran, sama seperti berbesar hati dengan dugaanNya.

IKLAN

“Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA,” kongsi Amy.

Terdahulu, Amy dan isteri, Norish berkongsi kegembiraan tersebut sekitar awal Mei lalu.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Amy Search

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI