Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dirinya tidak berasa ralat kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja gara-gara masalah kotak suara yang dialaminya ketika ini.

Menurut Nabila, dia sebolehnya mahu terus berfikiran postif dan percaya bahawa rezeki sememang telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.

“Penyakit kotak suara yang saya alami sekarang ini tidak boleh dipandang remeh. Mungkin perkara tersebut akan lebih mengeruhkan keadaan kalau saya paksa. Ini adalah satu-satunya aset yang saya ada. Ini periuk nasi saya.

“Buat masa sekarang banyak yang perlu saya lepaskan. Bagaimanapun bukanlah bermaksud lepaskan sangat tiada kerugian pun buat saya cuma lebih kepada berkongsi rezeki dengan orang lain.

IKLAN

“Pada waktu sekarang ini ramai yang perlukan kerja. Mungkin tuhan suruh saya berehat sekejap buatlah benda ni dulu bagi orang lain buat kerja yang lain pula.

“Bagi saya itu lebih kepada berkongsi rezeki dan saya lebih selesa untuk mencari sisi positif daripada ujian yang saya alami kini. InsyaAllah lebih banyak yang mendatang selepas ini,” katanya kepada MH.

IKLAN

Tidak putus-putus menerima tawaran sebagai duta produk, penyanyi lagu Peluang Kedua ini menyifatkan segalanya sebagai hikmah terhadap ujian yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Saya memang gembira sangat-sangat. Walaupun dalam keadaan pendamik sekarang ini, saya masih lagi diberi rezeki. Saya tak tahu apa yang saya dah buat tapi lepas satu-satu rezeki datang dekat saya. Saya hanya mampu bersyukur.

IKLAN

“Dalam keadaan yang tak mengizinkan saya untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, tak bermakna saya tak berkerja langsung.

“Saya masih berehat tetapi kalau untuk kampen dan endorsement saya masih aktif,” kongsinya lagi.

Sumber: Instagram Nabila Razali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI