“Tiada Kecederaan Fizikal,” – Bedah Siasat Bermula Jam 11.00 Pagi Hingga 3.00 Petang Khamis, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian penyanyi, Nidza Afham, 23, yang ditemukan di Sungai Klang semalam sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa selesai pada 3 petang tadi.
“Bedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
“Punca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Ads
Menurutnya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu lalu ialah Nidza Afham.
Ads
Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.
Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.
Ads
Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemukan di Jambatan Sungai Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Perkara berkenaan didedahkan secara eksklusif oleh Ernie ketika menjadi tetamu jemputan bagi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.
Pada program bual bicara berkenaan Ernie mengakui, bahawa dia terlebih dahulu mengambil ‘first move’ dalam perhubunganya bersama Syamel apabila nekad membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian, sekaligus menghiburkan netizen ialah jawapan balas yang diberikan Syamel kepada ‘confession’ yang dilakukan, turut diceritakan oleh Ernie menerusi podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni?Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Proses mediasi antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bekas pekerjanya Nazatul Nazira berhubung saman fitnah dan pecah aminah dilanjutkan ke 25 September setelah gagal mencapai kata sepakat.
Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Azmi Mohd Rais berkata, pegawai mediasi mencadangkan proses diteruskan ke sesi kedua sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.
“Pegawai mediasi mencadangkan beberapa solusi untuk kes pecah amanah diselesaikan tetapi gagal.
“Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.
“Kami bagaimanapun akur dengan arahan pegawai mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan,” katanya yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang tadi.
Sementara itu, Puteri Sarah pula memaklumkan, dia sudah cuba berbincang serta mencari penyelesaian terbaik sewaktu proses mediasi.
Pegawai berkenaan juga sudah mendengar penjelasan kedua-dua pihak serta memberikan solusi yang terbaik tetapi proses itu gagal.
“Saya rasa kita boleh pertimbangkan solusi dikemukakan dan selesaikan masalah ini dengan tenang, kenapa perlu tertekan?
“Memang saya nak menuntut hak saya tetapi kalau boleh dengan cara yang paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya
Diminta mengulas kenyataan Nazirah dirinya difitnah dan nekad membawa kes itu ke muka pengadilan berikutan nama baiknya terjejas.
Sarah bagaimanapun tertanya apa fitnah yang dilemparkan terhadap wanita itu.
“Saya fitnah dia? Entahlah kehidupan saya pun terjejas sedangkan itu adalah syarikat milik saya.
“Dia tiada kena mengena kerana rakan kongsi syarikat saya hanyalah Andi Arsyil dari Jakarta,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.
Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera memilih untuk bekerjasama dengan bekas isteri, Ananda Natasha berkenaan pengurusan anak selepas bercerai pada Disember tahun lalu demi memastikan anak mereka, Alisha Puteri dapat dibesarkan dengan baik dan dalam suasana harmoni.
Andika atau nama lengkap, Muhammad Andika Putera menjalin empat kesepakatan bersama Ananda merangkumi hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi fokus terhadap tumbesaran cahaya mata perempuan mereka itu.
Pertemuan Andika semalam bersama Alisha yang berada dalam giliran penjagaan ibunya, Tasha, turut menggamit kesayuan ketika Andika menghadiah hadiah hari jadi seutas rantai emas “i love papa” kepada anak kecil tersebut.
Andika juga ingin memakaikan cermin mata baru kepada Alisha kerana cermin mata Alisha sebelum ini perlu ditukar di sebabkan pertambahan power cermin mata yang mana penglihatan Alisha sebelum ini kabur sementara menunggu cermin mata disiapkan.
Seperti tradisi sebelum ini, Andika ingin Alisha dapat melihat object pertama, iaitu papa dan mama Alisha berada di hadapan Alisha sewaktu pemakaian cermin mata tersebut dan pandangan Alisha sudah tidak kabur lagi.
Daripada hasil pertemuab Andika & Natasha pada hari tersebut, ada beberapa kerjasama yang telah dipersetujui dengan baik.
“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha.
“Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir dengan Tasha (panggilan Ananda) seminggu, Dika (panggilan Andika) seminggu.
“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.
“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.
Pada masa sama, Andika menjelaskan, dia sudah mengadakan pertemuan dengan Ananda bagi membincangkan mengenai perkara itu secara harmoni.
“Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” jelas Andika.
Sebelum ini, Andika menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda.
Andika bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.
“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.