Selepas berakhirnya Konsert ByAjai & Mega Friends yang berlangsung hujung minggu lalu, penyanyi, Nourul Depp mendedahkan namanya secara tiba-tiba menjadi perhatian netizen.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Ab Wahab, dia kini masih lagi aktif menyanyi dan kerap mengadakan program seminar untuk membantu orang ramai menjadi individu yang lebih baik.
“Ada ni haa. Ramai sangat asyik sebut nama saya. Tersedak kami. Satu hari ni.
Ni haaa. Ada haaa. Nyanyi juga lagu Keliru ni.
“Ini 2 Jun lepas. Di program seminar.
Kami menyanyi solo sahaja. Jalan terus. Persembahan harus diteruskan. Nak dengar secara langsung, jom nanti datang seminar pada 7 Disember.
“Kami buat seminar la ni. Bantu bangunkan manusia lain. Dalam tu kami nyanyi. Jumpa nanti,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Kerana Terluka itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Nourul turut memaklumkan dirinya tidak mempunyai masalah bila penyanyi lain menyanyikan lagu duetnya bersama komposer yang juga merupakan bekas suami, Ajai di mana-mana acara sekali pun.
“Siapa pun boleh nyanyi lagu Keliru atau lagu-lagu duet komposer terkenal yang bernama Faizal Maas atau dikenali sebagai Ajai.
“Semua ada cara tersendiri. Kita jangan banding-bandingkan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nourul turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Terima kasih semua yang masih sokong manusia yang bernama Noorul Huda binti Ab Wahab atau Nourul Depp. Jumpa anda nanti,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Nourul.
“So sweet sister tapi kami nak sis juga.
“Suara Nurul dari dulu tiada yang boleh ganti. Mantap.
“Suara power. Sama dan tak berubah.
“Ya Allah, rindunya nak tengok Kak Nurul buat persembahan.
“Antara penyanyi senior yang suara seperti telan keset. Memang sedap suara hampa,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, pada Konsert ByAjai & Mega Friends, Ajai membawakan lagu duet popular iaitu Keliru bersama penyani Aufahanie manakala lagu Aku Cinta, Aku Rindu pula bersama penyanyi latar, Mia.
Malam, ketika konsert sedang berlangsung, Ajai turut merakamkan ucapan penghargaan buat Nurul kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Febuari 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah.
Kemudian Ajai berkahwin dengan Liza pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric pada 6 Jun 2012.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Fadhli Masoot akui terlalu kecewa dengan tindakkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video-video daripada drama, Projek High Council yang masih lagi belum ditayangkan di televisyen di aplikasi Tik Tok.
Menurut Fadhli, tindakan tersebut seolah-oleh tidak menghormati penat lelah barisan pelakon dan pihak prosuksi yang berhempas pulas memberikan hasil yang terbaik buat penonton.
“Saya ingin bercakap fasal drama Projek High Council yang dah dibocorkan. Saya pun tak tahu macam mana ia boleh berlaku. Kepada mereka yang kongsikan video-video yang dah dibocorkan itu di Tik Tok, korang memang bangsat.
“Jujur kata, saya memang sedih sebab itu hasil kerja dan titik peluh ramai orang. Para penonton menunggu episod baru setiap minggu untuk dapatkan sambutan. Tapi ada bangsat-bangsat macam korang yang laparkan perhatian ni, sibuk nak kongsikan di Tik Tok,” katanya.
Fadhli yang memegang watak sebagai Hakeem itu berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok.
Lantaran itu, Fadhli turut berharap agar para peminat dapat melaporkan akaun-akaun yang menyebarkan video-video drama tersebut secara haram di seluruh platform media sosial.
“Saya pun tak faham. Kalau korang ada video-video sampai 10 episod sekali pun, tengok korang-korang je sudah la. Kenapa sampai post di Tik Tok? Nak sangat perhatian?
“Marah memang marah tapi nak buat macam mana lagi? Buat yang post di Tik Tok ni, memang melingkup la hidup korang. Maaf cakap tapi saya rasa dah melampau sangat. Mungkin anda semua takkan faham apa yang kami rasa.
“Kalau korang betul support kami, buatlah apa yang patut,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
“Setuju. Mereka tak pernah terfikir hasil titik peluh dan betapa susahnya nak berlakon.
“Kesian tengok abang dan kru lain. Penat-penat shooting tengok-tengok kena cetak rompak. Semoga tak putus asa untuk bekarya.
“Sedih juga bang. Saya tak sabar tunggu episod baru setiap minggu tapi ada yang share secara haram. Geram je.
“Jangan risau bang. Saya tunggu yang dekat Astro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Projek High Council merupakan sebuah drama yang membongkar kisah gelap kewujudan kumpulan gengsterisme yang sehingga kini menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah asrama.
Selain Fadhli, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Naim Daniel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Fadhli Masoot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...