Baru-baru ini, ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, Datin Noor Kartini Mohamed ada menzahirkan rasa kesal terhadap pihak yang menuduh anak perempuannya yang juga merupakan pempengaruh, Ameera Khan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.
Mengulas lanjut mengenai luahan yang dikongsikan di laman Instagram itu, Kartini merasakan dakwaan tersebut sangat melampau sehingga membuatkan dirinya terpanggil untuk mempertahankan anaknya itu.
Menurut Kartini, ada sesetengah netizen yang tidak tahu mengenai sejarah sesebuah jenama terkenal sehingga membuat dakwaan tidak benar.
“Kita kena faham, tempat event dan perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa ketika itu adalah acara sebuah jenama bag tangan yang diadakan di tempat lumba kuda.
“Ameera kena tahu sejarah di sebalik jenama tersebut. Ada kalanya saya rasa geram juga. Mereka ini tak faham sejarah dan jenama bagi dunia fesyen,” katanya kepada MH.
Kartini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk Nealofar X Disney di IOI Putrajaya pada Khamis.
Pada masa sama, Kartini turut menjelaskan dia memadam hantaran tersebut kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.
“Saya padam sebab bagi saya, pada waktu itu, hal itu sudah reda dan saya tidak mahu diperpanjangkan lagi. Cukuplah saya nak bagitahu yang tindakan mereka itu salah,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, dia juga bersyukur kerana kesemua anak-anaknya tidak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
“Alhamdulillah, tiada siapa pun yang boleh nampak anak-anak saya berada di kelab malam, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, hisap shisha atau hisap rokok elektronik.
“Hal itu saya boleh bangga dengan anak-anak saya. Alhamdulillah, pelihara mereka. Tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian atau membuat perkara-perkara tersebut,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya apabila kisah keluarganya sering kali menjadi perhatian netizen, Kartini mendedahkan tidak sebenarnya tidak gemar mengambil tahu mengenai isu-isu viral.
“Saya tak anggap itu satu ujian. Saya tak pernah ambil tahu isu viral. Bila orang kata hal keluarga saya viral hampir setiap hari, saya tak pernah baca pun.
“Setiap anak melalui fasa-fasa yang tersendiri ketika fasa remaja dan meningkat dewasa. Kita ada perubahan dalam hidup. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna.
“Mungkin yang bercakap lepas ini dari kalangan budak-budak. Kalau mereka yang sudah berkeluarga, pasti mereka tahu ahli keluarga mereka sendiri,” akhirnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Intan Najuwa memuat naik sekeping foto bersama bekas tunang di laman Instagram miliknya.
Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh, namun ia seakan-akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di antara keduanya.
Sementara itu menerusi ruang komen pula, netizen mulai membuat spekulasi sendiri, membayangkan mereka sudah berbaik.
Terdahulu, Intan Najuwa, 23, mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari lalu bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, kerana sudah tidak ada persefahaman.
Keduanya mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira 10 bulan mengikat tali pertunangan.
Foto : Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi rakaman video usahawan Sajat dan pembantunya, Mok Kay mengenakan telekung dan baru usai mengerjakan solat di Raudhah, jelas penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi ketika di Raudhah, golongan lelaki boleh keluar masuk pada bila-bila masa namun ada laluan khas untuk jemaah lelaki.
Sebaliknya untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu sahaja dibenarkan iaitu selepas Subuh, Zuhur dan Isyak.
“Untungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk,” jelasnya.
Pelakon Trisha Ooi terpaksa menjalani pembedahan segera di Hospital Selayang, Selangor selepas ketumbuhan ‘cyst’ sebesar 6.7 sentimeter (sm) pecah di dalam perut pada Sabtu lalu.
Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 23, dia sebenarnya sudah lama menghidapi penyakit tersebut dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, cuma tidak sangka ia pecah tiba-tiba sehingga perlu menjalani pembedahan kecemasan.
“Saya rasa dah nyawa ikan. Ketumbuhan ‘cyst’ ini sangat menyakitkan. Saya mula diserang teruk sejak beberapa bulan lalu, namun atas komitmen kerja saya membuat keputusan cuba bertahan dengan mengambil ubat-ubatan diperlukan daripada doktor.
“Tapi, selepas selesai saja penggambaran drama Tentang Hati Dia baru-baru ini, saya tak boleh bertahan lagi. Perut saya ‘cramp’ (kekejangan) hingga kesukaran bernafas dan minta pengurus bawa ke Hospital Selayang.
“Doktor memaklumkan ‘cyst’ saya sudah pecah dan perlu membuat pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa. Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan,” katanya, lapor Harian Metro.
Selepas mendapatkan rawatan, Trisha masih perlu mendapat pemantauan daripada doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Buat sementara waktu ini, nampaknya saya kena betul-betul berehat dulu terutama dari aktiviti lasak sebab keadaan yang masih terlantar di atas katil.
“Saya mohon doakan kesembuhan agar pulih segera. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya kini stabil dan menunjukkan pemulihan positif,” katanya lagi.
Trisha mulai dikenali menerusi watak antagonis, Erra dalam drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3 yang ditayangkan tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.