Pelakon filem Rampage, Dwayne Johnson atau lebih sinonim dengan gelaran The Rock ketika masih aktif dalam dunia gusti hiburan profesional mengakui telah jatuh hati dengan aktres, Frances McDormand.

Rock membuat pengakuan terhadap pelakon berusia 60 tahun itu menerusi program bual bicara terkenal, Ellen DeGeneres Show baru-baru ini kerana dia bersikap profesional dan baik hati terhadap anak sulungnya, Simone, 16 tahun.

The Rock Buat Pengakuan Dalam Siri TV Popular Dunia, Jatuh Hati Dengan Pelakon Wanita 60 Tahun Sebab…

IKLAN

Simone merupakan wajah kepada Golden Globe tahun ini dan dia diberi peluang untuk menjaga protokol pemenang anugerah di pentas selain memberikan trofi kepada dua penyampai utama.

Lalu apabila tiba pengumuman pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Kategori Drama, ia dimenangi Frances tahun ini menerusi filem hebat, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri. Pelakon tersebut turut merangkul anugerah Oscar menerusi filem sama.

IKLAN

The Rock Buat Pengakuan Dalam Siri TV Popular Dunia, Jatuh Hati Dengan Pelakon Wanita 60 Tahun Sebab…

Lalu apabila namanya diumumkan sebagai pemenang oleh dua penyampai utama, Frances bersalaman dengan mereka selain turut meluru bersalaman dengan anak gadisnya, sebagai menghargai mereka yang menyampai anugerah kepadanya.

IKLAN

“Saya tak akan lupa ini. Sebelum memulakan ucapan, dia berpaling di belakang pentas dan bersalaman tangan dengan Simone. Dia hargai semua orang dan ada kesedaran untuk hargai mereka yang menyampaikan anugerah, termasuk anak saya.

 

“Situasi tersebut buatkan saya teruja dan dia ada kesedaran untuk berbuat demikian meski anak saya baru berusia 16 tahun. Jarang ada orang yang lakukan itu. Dia menghargai semua orang. Dia bersalam, cium tangan dan saya begitu menghargainya.

 

“Kerana itu, saya ada sedikit rasa jatuh cinta kepadanya. Di sini saya nak cakap kepada dunia yang menonton, kita perlu bertukar nombor telefon dan akan berkahwin,” seloroh Rock menerusi program berkenaan. 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI