The Jebats, Sissy Iman, Naim Daniel & Anak Jamal Abdillah Lolos Ke Final Famili Duo, Siti Sisters Antara Yang Ucap Selamat Tinggal

Share

Setelah berhempas pulas hampir tujuh minggu, akhirnya peserta yang bakal melangkah ke konsert akhir Famili Duo telah pun ditetapkan.

Bagai menepati ramalan, nama pertama yang diumumkan adalah peserta duo adik beradik Ayda Jebat dan Fina Jebat.

Manampilkan persembahan bertenaga menerusi lagu Rentak Laguku, satu lagi pasangan duo adik beradik iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah turut melangkah ke pentas akhir selepas mengumpul markah keseluruhan berjumlah 404.2.

Peserta ketiga yang diumumkan adalah duo sepupu Naim Daniel dan Sissy Iman. Meski terpalit kontroversi, namun ia tidak menghalang Naim dan Sissy untuk meneruskan perjuangan di pentas akhir.

Melangkapkan senarai peserta yang bakal beraksi di pentas akhir adalah Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Tiga peserta duo yang gagal ke peringkat akhir adalah Siti Saerah dan Siti Saidah, Sabhi Saddi dan Fareed PF dan Ara Johari dan Shaffiq Erwin.

Pada konsert separuh akhir ini, duo Ayda Jebat dah Fina Jebat diumumkan sebagai Duo Of The Week seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Bagaimanapun, Ayda dan Fina memutuskan untuk memberikan hadiah wang tunai tersebut buat pasangan duo Sissy Iman dan Naim Daniel serta Sabhi Saddi dan Fareed PF.

Terdahulu, konsert akhir Famili Duo yang akan berlangsung pada minggu hadapan menyaksikan para peserta akan membawakan dua tugasan dengan lagu bertemakan Anugerah Juara Lagu dan Bebas.

IKLAN