Pelakon dan model, Miller Khan ada berkongsi momen indah apabila mengesahkan dia dan kekasih, telah pun selamat mengikat tali pertunangan di Indonesia.
Menerusi foto dan video yang dikongsikan melalui Instagram pada Khamis itu, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan,34, dilihat merakam saat bahagianya dengan menaiki sebuah helikopter dan isi masa dengan makan malam romantis bersama si dia.
Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi beberapa pautan di Insta Story sambil turut memberikan kredit kepada beberapa individu terlibat.
Difahamkan, menerusi video rakaman yang dimuat naik, Miller menyatakan wanita tersebut pada awalnya tidak mengetahui tentang lamaran itu.
Ads
Sementara itu menerusi satu hantaran di platform sama hari ini, Miller turut memuat naik beberapa fotonya bersama yang tersayang.
The beginning of FOREVER , with you my loving fiancee @its.fr__ , #engagement SHE SAID YESSS laalalalaala,” tulisnya.
Sementara itu, abang kepada pelakon Isa Khan, 28, turut menzahirkan rasa gembira apabila adiknya sah bergelar pasangan suami kepada pelakon, Risteena hari ini.
Ads
“Sah!!! Sakinnah mawaddah warrahmah ya adikku sayang Isa Khan dan Nur Risteena,” tulisnya juga di Insta Story.
Pasangan terbabit selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Foto: Instagram Miller Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menyifatkan dirinya ketika ini sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan seandainya dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Awi menjelaskan buat masa ini, dia hanya memberikan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya bersama syarikat rakaman dan juga kerja-kerja amalnya bersama anak-anak autisme.
Malah, Awi turut berharap agar orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Jalan kehidupan saya sama juga seperti orang lain. Setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing. Allah dah takdirkan kisah saya.
“Yang paling penting saya percaya dengan perancangan Allah dan sekiranya selepas ini ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya akan buat yang terbaik.
“Cuma setakat ini, saya memang fokus pada Newsantara dan platform muzik bagi anak-anak autisme khususnya.
“Anda yang di luar sana tolong doakan saya semoga saya dapat bertemu dengan seorang wanita yang dapat menerima saya seperti di dalam lagu yang saya cipta ini,” katanya kepada MH.
Bintang asal Singapura itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Jangan Lupakan Aku hasil kolaborasi bersama pelakon, Julia Farhana Marin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awi turut menafikan faktor umur menjadi sebab utama mengapa dia memilih untuk mempercepatkan proses berkahwin andai dia bertemu jodoh selepas ini.
“Ini bukan soal umur kalau ikutkan saya, sewaktu saya berumur 21 tahun pun saya nak terus kahwin dan tak perlu nak jalani proses bertunang ni.
“Tapi ada kalanya kita harus mengikut kehendak orang lain. Bagaimanapun, ketika ini saya amat yakin dengan usia saya yang dah pun mencecah 34 tahun.
“Keadaan pun dah semakin stabil dan saya rasa sekarang merupakan masa yang terbaik.
“Saya berharap yang saya dapat berjumpa dengan satu jiwa yang sama-sama dapat mengubah kehidupan orang lain dan kehidupan kami sendiri,” katanya lagi.
Ujar Awi lagi, sepanjang bekerjasama bersama anak-anak autisme, dia telah mempelajari banyak perkara sehingga dia merasakan apa yang dilaluinya ketika ini amat kecil jika ingin dibanding dengan mereka.
“Sepanjang saya bekerjasama dengan anak-anak autisme ini, mereka mengajar saya sesuatu.
“Apa yang kita lalui dan apa yang saya alami hanya kecil sahaja berbanding dengan seorang anak yang ada apraxia of speech. Mereka tak autism tapi tak boleh berbual.
“Apa yang mereka lalui lagi penting daripada apa yang saya alami,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Awi ketika ini sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.
Sebelum ini, Awi atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Atikah Suhaime pada tanggal 17 Mac 2018.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zarina Anjoulie mengumumkan sudah kembali rujuk dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Pendedahan tersebut dibuatnya hari ini selepas menerima jambagan bunga istimewa.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan tersebur dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik, lapor mStar.
Dia pada masa sama menjelaskan, mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.
“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka, 10 Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Brunei pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga dan ketika kisah perkahwinan mereka masih lagi diperkatakan, tular pula foto di media sosial yang mendakwa pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail selamat tiba di Pulau Langkawi.
Menerusi Twitter, seorang penggunanya ada memuat naik tangkapan skrin satu posting dari laman Facebook yang memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah sedang jalan beriringan, dipercayai baru sampai ke pulau peranginan berkenaan.
“Betul ke ni? (selamat tiba di Pulau Langkawi). Kalau betul, happy honeymoon,” tulis pengguna Twitter terbabit.
Sementara itu, menerusi Facebook pula, seorang pengguna turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama pasangan pengantin baru itu sambil meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai gambar-gambar tersebut.
Malah setakat ini, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial masing-masing mengenai perkara itu.
Sabtu lalu, pasangan tersebut selamat diijabkabul dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli keluarga usahawan itu akan dipanggil memberi keterangan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, baru-baru ini.
Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan bekas hos program MeleTop itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat reaksi ramai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.