Pelakon dan hos, Janna Nick mendedahkan dia melakukan ujian saringan Covid-19 seminggu sekali bagi ketika ini menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik.

Meski memahami ini antara alternatif terbaik bagi memastikan rantaian pandemik dapat dikurangkan, dia turut berharap agar semuanya kembali pulih sebagaimana sebelumnya.

“Tak tahulah berapa kali kena buat swab test. Seminggu sekali buat swab test. Betul-betul perlukan vaksinlah,” katanya sambil mengesat air mata.

“I REALLY NEED THE VACCINE. I can’t continue like this. Seminggu sekali kena swab test. Setiap kali masuk new set kena swab test, Setiap kali masuk new tv program kena swab test. Setiap kali kena masuk new building kena swab test.

IKLAN

“I understand that at the moment, this is the only option we have to keep everyone safe. I just hope the vaccine really works & things can go back to normal,” tulis hos Melodi ini pula pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dia pada masa turut mengucapkan Selamat Hari Wanita yang disambut hari ini.

“Anyways! HAPPY WOMEN’S DAY! Let’s be kind to each other & stop being jealous, lets stop the hatred!

IKLAN

“Theres no need to feel insecure. We are all beautiful, smart, successful in our own ways,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet dan rakan selebriti turut memberikan reaksi dan ada yang meminta Janna untuk terus menjaga kesihatan.

IKLAN

Malah ada di antara reaksi yang ditinggalkan menfdapat respon Janna.

Sehingga kini, video yang dikongsi Janna sudah pun menerima hampir 80,000 tontonan.

Foto: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI