“Thank You So Much Sayang, The Best Birthday Surprise Ever,”- Radin Era Sewa Belon Udara Panas Sempena Hari Lahir Kekasih, Sweet Betul!

Share

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa sempena hari lahir teman wanitanya yang dikenali sebagai Azlina Idris.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Radin dilihat sejak awal pagi telah membawa teman wanitanya itu ke sebuah lokasi rahsia.

Rupa-rupanya kejutan yang ingin dilakukan oleh Radin itu adalah untuk membawa teman wanitanya itu menaiki belon udara panas yang disewa khas bersempena hari istimewa tersebut.

Dengan menaiki belon panas tersebut, Radin dilihat membawa teman wanitanya itu menikmati pemandangan pagi bandar raya Kuala Lumpur.

Menurut Azlina, dia berterima kasih kepada penyampai radio Era itu kerana telah merialiasikan impian yang disimpannya sejak sekian lama.

“Thank you so much sayang Radin Era for making my wish list came true today.
The best birthday surprise ever. I had a blast.

“What a day to remember. I love you so much sayang,” tulisnya di Instagram stories.

Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, Radin dikatakan telah menangguhkan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan bagi memberi tumpuan terhadap kesihatan ibunya.

Sumbe: Berita Harian,  Instagram Radin Era & Azlina Idris

 

 

 

IKLAN