
Baru sahaja berlangsung Anugerah Meletop Ahad lalu yang menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.
Namun lain pula dengan Naim Daniel yang memuat naik kapsyen sensasi sehingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen.
“Thank you @meletop for making me come and not giving me any award.”
View this post on InstagramThank you @meletop for making me come and not giving me any award ?. #ame2019
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on
“Benda boleh serious buat apa nak gurau.”

Kapsyen gurauannya membuatkan netizen turut sama ‘tambah garam’ dan menyatakan, ‘benda boleh kalah, buat apa nak menang.”

Malah ada yang menyarankan agar dia lebih berusaha sementelah lagu Sumpah baru sahaja dilancarkan.
Fotonya yang memegang air mineral turut menjadi perbualan. Ulas netizen, “hari ni pegang mineral bottle tahun depan pegang award pulak.”

Apa-apa pun tahniah buat semua pemenang, Yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan.
Foto – Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Suaminya Beri Tudung, Cuba Pakai Terus,” – Ebit Lew Kongsi Hijrah Yana Samsudin Yang Tidak Disangka.

Menyatakan kekaguman terhadap pasangan romantis, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, penceramah Ebit Lew berkongsi ada cerita mengenai kisah penghijrahan yang tidak diduga.
Katanya, Yana punya impian untuk mencari rezeki yang halal. Malah kisah di suatu malam sewaktu ingin keluar makan menjadi detik paling bersejarah dalam hidupnya.
Ikuti perkongsian Ebit Lew.
“Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya fadzilzahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga.
“Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya.
“Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap.
“Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik.”
Menurut pendakwah terkenal ini, ulas Fadzil menutup aurat adalah kerana Allah sayangkan kita.
“Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal.
“Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah.
“Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda.
“Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak.
“Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Hidayah datang tanpa diduga. Untunglah mereka yang punya peluang untuk berjuang di dalam Allah.
Foto – Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sudah tiga minggu berada dalam proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata, pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan sifat sebenar suaminya,Fizi Ali.
Shakilla turut berkongsi foto dan kapsyen di Instagram miliknya.
“Kenapa masa mula kenal dia tak senyum kambing macam ni dekat i….?
Betul lah orang kata dia control macho.
“Tapi takde pulak aku nampak macho nya masa tu.
“Entah kenapa lepas kawin baru nampak manisnya.
“Lepas Ameena keluar lagi bertambah manisnya.
Cuma suka buat lawak kurang BIJAK bikin orang sakit hati.
Tapi tu la….
Manisnya bukan pada muka,
(of course NOT ) tapi pada bantuan dia sepanjang aku tengah pregnant dan dalam pantang.
“Puaslah halau semut kat rumah ni ?
“Bye babe @fiziali_ , Semoga selamat sampai Kedah sat lagi,” tulis ibu kepada Ameena Sofia itu.
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Foto tersebut dilihat Shakilla terlentok manja di bahu Fizi ketika berswafoto.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pebagai.
Dalam perkembangan lain,Fizi kini berada di Kedah atas urusan kerja.
Foto: IG shakilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Isteri kepada pelakon Syukri Yahaya ada berkongsi keratan video tular berhubung badai ‘belalai air’ serta hujan lebat beberapa hari lalu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, beberapa hari lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, dia rasa meremang apabila menonton sedutan rakaman berkenaan dan mengakui Dia berkali-kali memberikan umatNya peluang untuk bertaubat.
“Happened in Tg. Tokong, Penang. Allahuakbar.. meremang rasa bila tengok video ni.. Benarlah, Allah berkali-kali bagi kita peluang untuk bertaubat tanpa jemu.. tapi kita? masih LEKA.
“Sedangkan dunia hanyalah pinjaman untuk kita semua,” tulisnya.
A post shared by ??? ????? (@tyaadnan) on
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka.
Foto: Instagram Tya Adnan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

