Test [GAMBAR] “Ini Baby Ke Doll Comel Sangat!,” – Emma Maembong Buat Photoshoot Pertama Anak, Peminat Pakat Memuji

Share

Sejak selamat bergelar ibu pada 8 November lalu, apa sahaja foto yang dimuat naik Emma Maembong di Instagram menjadi perhatian peminat.

Terbaru, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail ada memuat naik beberapa keping photoshoot pertama bayi lelakinya di Instagram.

Lantas, perkongsian terbabit mendapat reaksi peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan bayi sulungnya itu.

Malah, foto berkaitan juga turut dimuat naik menerusi akaun anaknya, @eslovestory.

Emma telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga juruterbang, Muhammad Shazli pada 20 Februari lalu.

Foto: Instagram Emma Maembong

IKLAN