Susulan insiden hangat membabitkan komennya terhadap salah satu finalis Famili Duo, Sissy Imann dan Naim Daniel, juri tetapnya Mas Idayu tampil memberikan penjelasan.
Mas Idayu terbuka andai ada netizen yang tidak berpuas hati dengan caranya tetapi jangan mengganggu para peserta program realiti berkenaan.
Pada minggu keenam saingan, komen keras yang diberikan Mas Idayu terhadap kedua penyanyi tersebut mendapat reaksi pelbagai selepas Sissy dilihat tidak dapat menahan sebak lalu menangis hingga terpaksa ditenangkan hos.
“Saya sangat mengalu-alukan netizen memaki diri saya, asalkan jangan ganggu peserta Famili Duo.
“Itu yang saya harapkan, jangan maki peserta. Sebab itu saya tak mahu bersuara langsung dari awal. Saya tak mahu mereka terganggu.
“Ada peserta yang mesej saya di Instagram, mereka katakan nampak sangat saya sayangkan Sissy dan Naim berbanding mereka.
Ads
“Itu pun saya diamkan sahaja dan tidak balas mesej mereka kerana orang boleh nampak, saya memberikan teguran yang lebih kepada mereka berbanding peserta lain,” katanya.
Mengakui dia tidak terasa hati dengan reaksi Sissy sejurus insiden tersebut berlaku, Mas Idayu cuba memahami situasi.
“Saya tak terluka dengan tindakan Sissy yang menangis selepas diberikan komen dan berkongsi beberapa hantaran di Instagram selepas kejadian itu.
“Apa yang saya nampak, dia tak marah saya sebab yang saya perhatikan, perasaannya lebih kepada kecewa dengan diri dia. Tetapi, kerana dia mendiamkan diri, netizen pula yang hentam saya.
Ads
“Dalam masa seminggu kejadian berlangsung, saya dapat panggilan b*bi, c*laka, s*al, anj*ng dan sebagainya, tetapi saya tak nak jawab apa-apa pun kerana saya enggan mereka kacau peserta.
“Apa yang saya mahukan ialah biar mereka fokus sehingga perjuangan tamat di pentas Famili Duo. Itu yang saya harapkan. Makilah saya dahulu,” katanya lagi.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengulas mengenai keputusannya yang memilih untuk tidak memberikan komen terhadap Sissy dan Naim selepas persembahan pada saingan separuh akhir.
Ads
“Saya nak dia kuat seperti orang lain. Saya nak Sissy dan Naim minta sendiri saya komen kerana saya nak mereka kental macam peserta lain. Sissy dan Naim sangat bijak dalam muzik, cuma mungkin di minggu keenam ada silapnya.
“Pernah tak sejak minggu pertama, juri katakan mereka tak bagus? Tak ada. Minggu keenam sahaja. Saya tak rasa apa-apa apabila dihamburkan kata-kata kejian kerana saya kental.
“Saya tak peduli, jika orang lain nak marah, marahkan saya, bukan peserta saya,” katanya.
Malam tadi, pasangan sepupu itu menduduki tempat keempat sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Halle Berry terkenal sebagai wanita berkulit hitam pertama yang berjaya mengungguli gelaran pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Academy pada tahun 2002 menerusi lakonan hebatnya dalam filem Monster Ball. Namun begitu bukan semuanya indah bagi wanita berusia 55 tahun ini.
Pada tahun 2004 dia muncul dalam filem Catwoman berperanan sebagai Patience Phillips/Catwoman. Menampilkan karakter wanita sebagai superhero, walaubagaimanapun filem ini gagal dalam pasaran dan menerima kritikan teruk kerana penghasilannya yang tidak mencapai standard dan jalan cerita yang tidak menarik.
Dia turut membawa piala Oscar yang dimenanginya saat menerima anugerah Razzie. Sumber gambar: razzies.com
Disebabkan perkara itu, Halle Berry telah menerima Anugerah Razzie bagi kategori pelakon wanita paling teruk. Anugerah ini merupakan sebuah anugerah satira yang diadakan seiring dengan Anugerah Academy. Kebanyakan pelakon tidak hadir ke anugerah ini, namun berbeza bagi Halle dia hadir untuk menerima anugerah itu.
Dalam temubual bersama Vanity Fair, dia berkongsi cerita mengimbau kenangan tahun 2005 itu. “Saya ke Anugerah Razzie kerana kita selalu mengangggap diri kita terlalu serius. Jika kita mendapat Oscar, kita dilayan untuk merasa yang kita lebih baik dari yang lain, hakikatnya tidak. Anda dipilih pada tahun itu oleh rakan seangkatan yang merasakan anda telah melakukan lakonan yang cemerlang.
“Jika anda dianugerahkan Anugerah Razzie, adakah itu menjadikan anda pelakon paling teruk yang pernah ada? Mungkin tidak. Jika saya boleh muncul untuk menerima Oscar sebagai satu penghormatan, semestinya saya boleh muncul untuk menerima anugerah Razzie yang menyatakan saya boleh lakukan yang terbaik lain kali.
“Saya selalu belajar yang kalau anda tidak boleh menjadi orang yang gagal, maka anda tidak layak untuk menjadi pemenang yang baik. Jadi saya ke sana dan menikmati momen itu dan kemudiannya saya bakar anugerah tersebut. Itu yang saya lakukan,” ujarnya ibu kepada dua cahaya mata ini.
Selain Halle Berry, pelakon hebat lain yang juga pemenang Anugerah Academy yang menerima Anugerah Razzie ialah Sandra Bullock. Dia digelar pelakon paling teruk menerusi lakonannya dalam filem All About Steve.
Perkongsian satu foto di entri Instagran pelakon Fatin Nur Afifah Shamsuddin atau nama komersialnya, Fatin Afeefa baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, foto tersebut dirakam bertiga bersama rakan pelakon, Nazim Othman dan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian.
Setelah hampir seminggu anak kedua meninggal dunia, penyanyi Nora Ariffin ada mengimbau kenangan arwah, Muhammad Syakir Alif ketika berusia 12 tahun.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu, kenangan bersama arwah ketika membuat persembahan masih segar dan mekar dalam ingatannya.
“Allahuakbar..Masih segar diingatan saya. Waktu ni Alif masih darjah 6, dia nak sangat perform utk majlis mama, habis sekolah terus rushing ke pelancaran majlis ni, sbb dia nk nyanyi lagu INSAN YANG MULIA, lagu baru frm Voices of Ummi, ciptaan Johan Nawawi.
“Habis sekolah…Arwah terus datang ke PC agak lambat sbb jam, tapi dlm kepenatan. Alif terus tukar baju, ambik mic terus nyanyi…,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nora juga turut memaklumkan arwah Alif ialah anak yang baik dan mempunyai sikap kesabaran yang tinggi.
“Tidak ada sepatah pun kata2 rungutan penat & sebagainya. Itulah passion & patience seorang anak yg bernama Alif Johan.
“Tenang lah anakku bersama papamu & org2 yg soleh. Mama ampunkan segala dosa Alif dunia akhirat. Al- fatihah Muhammad Syakir Alif 14/12/2019 #mamarindualif,” tulisnya lagi.
Melihat di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Nora untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan kehidupan.
Video: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.