HomeBeritaTerus Unggul di TikTok, KSIA Tambah Kategori KamiSempoi Golden Award 2024 Rai...
Terus Unggul di TikTok, KSIA Tambah Kategori KamiSempoi Golden Award 2024 Rai Pencapaian Live Host Serantau! -“Bagi Membangkitkan Lagi Semangat Daya Saing.”
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited dalam melahirkan barisan live host berkaliber di rantau ini.
Meneruskan momentum kecemerlangan, mereka sekali lagi menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 sebagai penghargaan kepada para live host TikTok dan rakan niaga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan agensi ini.
Acara berprestij itu akan berlangsung pada 12 Mei ini, bertempat di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpurbermula jam 8 malam dan disertakan dengan acara karpet merah.
Tahun ini menyaksikan pertambahan kategori yang dipertandingkan iaitu 12 kategori untuk rakan niaga dan 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang termasuk selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi – Malaysia, Singapura dan Indonesia, di mana salah seorang pemenang akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Kejayaan Global Dorong Persaingan Sihat Live Host
Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata peningkatan kategori tahun ini membuktikan kepercayaan tinggi terhadap jenama KSIA di peringkat serantau.
“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (Malaysia) dan 9 (Indonesia) rakan niaga secara keseluruhan.
Ads
“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA.
“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber,” katanya.
Pakcik Chin Swee menambah, anugerah ini juga menjadi medan untuk meraikan pencapaian luar biasa yang diraih KSIA dan para live host-nya sepanjang tahun lalu.
Ads
Lancar Lagu ‘KamiSempoi’
Antara pencapaian membanggakan KSIA termasuklah kejayaan Adelyn Heng yang meraih kedudukan Top 3 live host di Asia Tenggara dan Top 100 di dunia, hingga dijemput mewakili Malaysia ke acara rasmi TikTok di luar negara.
Selain itu, tiga rakan niaga — BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent — turut diraikan atas pencapaian perolehan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, KSIA bakal melancarkan single rasmi berjudul KamiSempoi ciptaan ahli pengurusan mereka, Kimchi Kacak.
Lagu itu akan dipersembahkan buat julung kalinya oleh Bulan Asyraff dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 dan ia sebagai pengenalan mereka untuk menubuhkan label muzik sendiri pertengahan tahun ini.
Ads
“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa.
“Kini, dia bukan sahaja menjadi finalis program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.
Dalam pada itu, sambutan hangat yang diterima terutama dari Sabah turut mendorong pihaknya merancang untuk membuka pejabat KSIA di sana bagi memberi tumpuan kepada pembangunan bakat di Borneo.
“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah serta Sarawak.
Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katanya mengakhiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dilihat mempunyai hubungan yang akrab lebih-lebih lagi selepas bergandingan di dalam drama, Pabila Dia Tersenyum, pelakon Alya Iman mendedahkan hubungannya bersama rakan pelakon, Amir Ahnaf tidak lebih daripada teman rapat.
Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, dia dan Amir sudah berkawan agak lama dan mungkin disebabkan itu, mereka dilihat sangat selesa bersama.
“Kami sudah berkawan hampir tiga tahun. Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Amir.
“Di sini, saya ingin beri kenyataan bahawa saya dan Amir hanyalah sekadar kawan rapat sahaja. Tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara tayangan perdana episod akhir ‘Pabila Dia Tersenyum’ di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, Amir seorang hero yang sangat bagus dan sentiasa membantu rakan pelakon untuk memberikan kualiti lakonan terbaik.
“Amir seorang pelakon yang sangat berbeza. Dia akan sentiasa berkongsi energi dan idea. Jika kita berlakon dengan orang lain, ada kalanya kita sekadar berlakon sahaja.
“Dia bantu lakonan saya nampak senyata yang mungkin. Seperti babak terakhir di dalam drama ini, ia sangat berat untuk kami berdua. Namun, disebabkan energi Amir, kita boleh jayakannya,” ujarnya.
Mengulas mengenai harapan peminat yang mahu melihat mereka bersama di dunia sebenar, Alya menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
“Saya terima banyak komen yang mengatakan kami sangat sepadan dan mereka mahu lihat kami bersama. Pada saya, buat masa ini, kami lebih selesa berkawan.
“Pada masa hadapan, kita tidak tahu lagi. Jodoh di tangan tuhan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Alya turut menafikan momen-momen akrab yang dipaparkan di media sosial hanyalah sekadar publisiti untuk untuk mempromosikan drama.
“Sebelum ini, kami selalu buat konten bersama di media sosial. Salah satu sebabnya kerana kami selesa bersama. Tiada niat pun nak cari publisiti murahan.
“Itu hanyalah sekadar momen yang kami enjoy bersama dan kongsikan di media sosial. Tak memberi kesan kepada sesiapa pun,” akhirnya.
Terdahulu, selepas tayangan 15 episod, drama ‘Pabila Di Tersenyum’ kini telah pun melabuhkan tirainya.
Selain Alya dan Amir, drama terbitan Viu Original ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Adam Lee, Rushdi Ramli, Marissa Yasmin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mas Idayu mengakui dia sendiri yang menuntut perceraian daripada bekas suaminya iaitu Muhamad Sufian Che Isa pada Mac lalu.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Mesnun, dia dan suami yang juga salah seorang penerbit di sebuah stesen televisyen itu tetap kekal profesional ketika sama-sama bekerja di program Famili Duo musim ke-4.
“Saya pun tak tahu bagaimana artikel itu boleh tersebar. Lagipun, saya tak pernah sorok pun hal ini. Sebenarnya, sebelum bermula Famili Duo 4, saya yang menuntut (cerai).
“Namun, saya tetap jalankan tugas seperti biasa,” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Selangit ini turut memaklumkan dia juga telah pergi ke mahkamah untuk memohon fasakh terhadap suaminya.
“Saya pergi ke mahkamah bersama wali, pembantu peribadi dan kakak untuk membuat tuntutan fasakh.
“Selepas itu, saya pergi ke mahkamah pada 4 Mac dan sudah sah jatuh talak. Pada saya, penceraian ini satu aib juga. Namum, Allah juga bantu tutup aib kami. Kami pergi ke mahkamah bukan secara sembunyi,” katanya.
Ditanya mengenai punca perpisahan, penyanyi lagu Selangit itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut.
Sebaliknya memaklumkan dia sangat layak untuk membuat permohonan tersebut.
“Kalau nak tanya kenapa perceraian ini berlaku, saya sangat layak untuk memohon penceraian. Seorang isteri kalau meminta cerai tanpa sebab, dia tidak akan cium bau syurga.
“Tak perlulah saya jelaskan siapa salah atau silap di sini. Yang penting saya yang menuntut. Dia pernah menjadi suami saya.
“Jadi, tak perlulah orang luar tahu. Saya tak boleh nak kongsikan.
“Selepas selesai program ini, saya tidak mahu mendengar lagi apa-apa cerita atau sesiapa play victim,” ujarnya lagi.
Mas Idayu pada masa sama meminta semua untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung apa yang telah berlaku.
“Percaya atau tidak, saya dan suami tidak bergaduh langsung. Kami masih boleh ketawa. Jadi, saya pun pelik kenapa netizen nak buat spekulasi pula.
“Kalau netizen buat andaian tidak benar, bagaimana mereka nak minta maaf dengan saya? Merangkaklah di Padang Masyar. Saya tak salah.
“Bab kerja memang garang tapi dengan suami tidak. Ada lagi permohonan yang saya harap Allah kabulkan.
“Saya bahagia dan saya harapkan pihak di sebelah sana begitu juga,” akhirinya.
Minggu lalu, Sufian mengesahkan sudah bercerai dengan Mas Idayu tetapi masih baik selain mengekalkan konsep profesional.
Sekadar informasi, Mas Idayu atau mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Sufian pada September 2022 selepas 15 tahun hidup menjanda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Youtube Melodi & Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, syukur dan terharu apabila menerima penghargaan sebagai Ikon Ibu Mudasempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.
Anugerah berupa sijil, selempang dan sejambak bunga itu disampaikan oleh isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, serta disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 31, turut terkejut apabila dimaklumkan sebagai penerima anugerah tersebut.
“Pada awalnya, saya macam tidak percaya jadi saya tanya pada pengurusan, mereka mengatakan memang betul saya diberi anugerah (Ikon Ibu Muda). Saya cukup gembira dan ia perasaan yang tidak dapat digambarkan.
“Sudah tentu saya rasa lebih ramai yang layak (menerima anugerah itu) tapi mungkin ini rezeki saya dan juga anak-anak. Saya betul-betul speechless dan mengharapkan semoga saya menjadi ibu yang baik selepas ini.
“Saya percaya saya pun pasti banyak kekurangan dan tidak sempurna sebagai seorang ibu, tapi dengan adanya penghargaan seperti ini, sudah tentu saya mahu buat yang terbaik untuk menjadi ibu terbaik.
“Semangat yang saya dapat untuk meneruskan kehidupan sebenarnya daripada anak-anak saya juga,” katanya, petik Berita Harian.
Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Bella turut berkongsi pandangan kepada golongan ibu muda, khususnya ibu tunggal yang bekerjaya, untuk sentiasa mencari ruang dan masa untuk bersama anak-anak.
“Mungkin saya belum berkelayakan sepenuhnya (untuk memberi nasihat) sebab saya pun (ibu) muda tapi sedikit sebanyak saya boleh berkongsi.
“Sejujurnya bila kita sudah menjadi seorang ibu, kita akan melebihkan anak-anak kita.
“Sebenarnya apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang dan sebagai ibu seperti saya ini, di mana saya juga seorang bapa, saya mengutamakan masa kerana untuk anak-anak saya, kewangan bukan keutamaan kerana di usia kecil mereka ini, mereka perlukan bonding time.
“Sebab itulah masa (ketika anak-anak masih kecil) macam ini sangat berharga. Apabila membesar, mereka akan ingat walaupun saya sibuk mencari rezeki.
“Tetapi mereka nampak kesungguhan ibu mereka untuk terus selit masa, menggembirakan dan meluangkan masa bersama mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut menyeru agar semua ibu muda terus cekal dan tidak mudah menyerah, khususnya dalam membesarkan anak-anak.
“Kita harus sentiasa mara ke depan dan jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kerana itu bukan urusan kita. Kita hanya lalui proses ini dengan tawakal dan berlapang dada.
“Selepas itu, kita serahkan kepada Allah. Apa yang penting kita nikmati setiap detik buat masa ini, apa yang ada dengan kita, kita bersyukur… itu adalah kunci utama,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...