Teruja Suami Belikan Sebuah Kereta, Ira Mohd Syukur – “Alhamdulillah… I Love You Bubu!”

Share

Bekas penyampai radio, Ira Mohd Amin telah menerima sebuah hadiah kereta baru model Proton X70 daripada suaminya, Aril Razali.

Momen indah itu dikongsi oleh Ira di laman media sosial Instagram.

Dalam pada itu, Ira meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dimiliki bersama suami tersayang.

“Earlier today May Allah bless you and keep continue blessing you always with peace and happiness and all the success in your life of this dunya and hereafter.

“May He bless you today and always, sayang. I love you Bubu,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.

Untuk rekod, Ira atau nama sebenarnya Zarith Adzmira Mohd Amin mendirikan rumah tangga bersama Aril Razali pada tahun 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Ira Mohd Amin

IKLAN