“Tersangatlah Cantik MasyaAllah,” – Kongsi Foto Ayu Pakai Tudung Bawal Lengkap Berpurdah, Penampilan Neelofa Dipuji Ramai!

Share

Selebriti dan usahawan berjaya Neelofa sekali lagi mencuri perhatian semua apabila tampil mengenakan tudung jenis bawal lengkap bersama purdah.

“Effortless yet stylish, Liya is ready to invade your looks soon,” tulisnya ringkas.

Lantas, foto yang dimuat naik bekas hos MeleTOP menerusi Instagram itu menerima reaksi pelbagai warganet.

Rata-ratanya memuji penampilan figura terkenal ini yang dilihat memakai tudung bawal dalam warna ungu cair.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 300,000 tanda suka daripada peminat bersama ribuan komen.

Oktober tahun lalu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Perkara tersebut diberikannya menerusi satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media dan sekali gus memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN