Pelik tapi benar. Dek kerana terlalu obses dengan imej anak patung , mereka sanggup menghabiskan duit, masa dan tenaga menjalani pembedahan plastik semata mata ingin kelihatan iras seperti anak patung.

Baru-baru ini seorang wanita yang berasal dari China, Kina Shen mendapat perhatian kerana penampilan uniknya tular di media sosial.

Para netizen terpukau akan penampilannya yang dianggap sempurna kerana menyerupai anak patung yang cantik.

Sejak mula memuat naik foto dirinya di akaun Instagram empat tahun lalu, Kina Shen telah memiliki lebih dari 500 ribu pengikut dari negaranya sendiri dan peminatnya dari seluruh dunia.

Gambarnya menjadi buruan di laman sosial bukan sahaja kerana cantik tetapi kulitnya yang kelihatan begitu mulus dan mengaplikasi imej solekan yang tebal bagi menampakkan lagi seperti anak patung.

Dengan kulit putih pucat, mata yang besar dan mulut yang mungil, setiap gambar yang diambilnyakelihatan seperti imej anak patung dan disebabkan itu dia mendapat gelaran patung hidup di China.

IKLAN

Walaupun ramai yang percaya Kina melakukan pembedahan plastik, namun, ada juga netizen memuji bakatnya dalam  bidang solekan setelah wanita berusia 25 tahun itu memuat naik sebuah video makeup dengan tampil dengan bare face.

Namun, bukan itu sahaja mukanya sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya gaya hidup Kina sangat unik. Dia hanya akan menyarung pakaian yang berwarna gelap terutamanya hitam sahaja.

Terpegun Lihat Kecantikan Gadis Barbie

IKLAN

Terpegun Lihat Kecantikan Gadis Barbie

Terpegun Lihat Kecantikan Gadis Barbie

Terpegun Lihat Kecantikan Gadis Barbie

IKLAN

Terpegun Lihat Kecantikan Gadis Barbie

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI