Pelakon dan pengacara Elly Arifin, akhirnya mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, bintang berusia 31 tahun itu enggan mendedahkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

“Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.

“Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Ads

Pada masa sama, Elly reda dengan apa yang berlaku meski berat untuk berdepan dengan situasi berkenaan.

“Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis.

Ads

“Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini,” jelasnya lagi.

Ads

Terdahulu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini kian diperkatakan apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di Instagram.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI