Selepas lebih tiga dekad hidup bersendiri, penyanyi legenda, Zaiton Sameon, 69, meluahkan perasaan yang jarang dikongsi secara terbuka.
Walaupun pernah melalui dua perkahwinan yang tidak kekal, dia bagaimanapun tidak pernah menutup pintu hati terhadap perkahwinan.
Namun, timbul khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan seorang doktor dari Kelantan, yang kini tampil untuk menjelaskan situasi sebenar.
Dakwaan tersebut tercetus selepas kunjungan Dr Afif bersama penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, ke rumah Zaiton untuk menyampaikan suplemen kesihatan, baru-baru ini.
Kahwin Bukan Lagi Matlamat Utama
Dr Afif, 44, ialah seorang doktor perubatan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, yang memiliki 16 cawangan klinik di Pantai Timur.
“Fizie tahu saya ada masalah dalaman perut. Jadi dia mencadangkan agar saya makan suplemen yang sedang diusahakannya iaitu EnerVast. Ia bagus untuk kesihatan usus.
“Baru-baru ini, Fizie datang bersama Dr Afif yang membuat kajian dan menghasilkan suplemen ini. Dari situ Dr Afif banyak memberikan nasihat dan tip untuk kesihatan saya.
Ads
“Tak dinafikan, kami ada berhubung selepas itu melalui panggilan telefon dan WhatsApp. Semua tentang kesihatan,” katanya yang turut memuji sikap baik dan profesionalisme Dr Afif.
“Dr Afif terlalu muda untuk saya. Lagi pun dia suami orang. Tak baiklah kalau ada yang anggap kami ada hubungan istimewa. Apatah lagi, soal kahwin.
“Memang soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya hanya berserah. Namun dalam masa yang sama, saya faham dan hormat perasaan wanita lain.
“Iya, memang tak salah pun kalau saya nak kahwin lagi. Cuma, rasanya sekarang bukan itu jadi matlamat hidup saya. Tak fikir pun pasal tersebut.
Ads
“Saya hanya fikir untuk terus bekerja memenuhi undangan nyanyian dan meneruskan usaha dalam bisnes,” katanya lagi.
Selain masih aktif dalam seni, Zaiton turut giat mengusahakan beberapa produk sendiri seperti Rendang Nasib, Sambal Bilis Hijau Petai, dan minyak wangi berjenama Millionaire serta Gabriel.
Dr Afif Anggap Kak Eton Seperti Ibu
Sementara itu bagi Dr Afif, dia menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang doktor dan pesakit.
Ads
“Saya bersyukur, suplemen yang saya berikan kepadanya dapat membantu Kak Eton (panggilan buat Kak Eton) yang mempunyai masalah ‘pembuangan’. Saya ikhlas bantu, tiada niat lain.
“Saya doakan beliau terus sihat sekaligus dapat mencari rezeki dengan lebih giat lagi. Saya harap, sama-samalah sokong bisnes Kak Eton.
“Apabila ada yang mengaitkan saya dengan Kak Eton, saya senyum sahaja. Saya anggap ia hanya usikan daripada para peminat Kak Eton.
“Iyalah, sudah lama peminat Kak Eton mengharapkan beliau berkahwin setelah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bagi saya soal jodoh itu, Allah yang tentukan. Doakanlah yang terbaik buatnya,” tambah Dr Afif.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir dua dekad ditayangkan, filem ikonik The Devil Wears Prada bakal kembali menghiasi layar perak menerusi sekuelnya yang kini sedang menjalani penggambaran di New York.
Filem ini menampilkan semula tiga teraju utamanya iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway dan Emily Blunt yang bakal menghidupkan kembali dunia fesyen penuh pertandingan dan ketegangan di majalah Runway.
Dalam sekuel ini, Miranda Priestly lakonan Meryl Streep kini berdepan cabaran besar mengekalkan pengaruh Runway dalam landskap media yang sudah didominasi dunia digital.
Sementara itu, Emily Charlton lakonan Emily Blunt yang merupakan bekas pembantu Miranda yang kini telah menjadi eksekutif kanan dalam sebuah rumah fesyen mewah, muncul sebagai pesaing utama.
Manakala watak Andy Sachs lakonan Anne Hathaway pula yang dahulunya digambarkan sebagai gadis naif yang baru mengenali dunia fesyen, kini kembali sebagai seorang wanita berkerjaya yang matang dan yakin.
Penampilannya juga dilihat jauh lebih sofistikated, menandakan perubahan besar dalam kehidupannya sejak meninggalkan Runway. Gambar-gambar penggambaran yang tersebar memperlihatkan Hathaway tampil bergaya dan berkarisma di jalanan New York.
Selain tiga pelakon asal yang memegang watak utama. Antara watak sampingan yang dijangka kembali adalah watak Nigel Kipling lakonan Stanley Tucci dan Lily lakonan TracieThoms.
Sekuel ini juga memperkenalkan barisan pelakon baharu yang dijangka memberi nafas segar kepada francais ini.
Antaranya termasuk Patrick Brammall yang dikatakan akan membawa watak sebagai kekasih baharu Andy, menggantikan watak Nate. Turut menyertai produksi ialah Rachel Bloom, Simone Ashley, Lucy Liu, Justin Theroux dan Kenneth Branagh.
Diarahkan semula oleh David Frankel dengan skrip asal oleh Aline Brosh McKenna, filem ini dijangka mengetengahkan tema yang lebih relevan dengan situasi industri semasa, termasuk kebangkitan platform digital, tekanan sosial media dan perubahan dalam nilai estetika fesyen.
Dengan gabungan nostalgia dan perspektif baharu, The Devil Wears Prada 2 dijangka mencetuskan fenomena baharu apabila ia ditayangkan pada 1 Mei 2026.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Riena Diana mengakui hasrat kekasihnya, Keith Foo untuk memeluk agama Islam tidak harus dilakukan hanya kerana mahu berkahwin dengannya.
Sebaliknya, dia mahu aktor berusia 42 tahun itu benar-benar memahami dan mendalami agama Islam secara ikhlas terlebih dulu.
“Saya tak mahu hari ini peluk Islam, esok kahwin. Saya mahu dia belajar dan kenal agama ini lebih dekat.
“Saya anggap ini perjalanan yang penting dan ikhlas,” katanya, petik BH Online ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, baru-baru ini
Riena bagaimanapun bersyukur kerana Keith sudah menunjukkan minat terhadap Islam sejak sekian lama.
Pada masa sama, Riena turut memaklumkan Keith juga telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memilih nama Islam yang sesuai.
“Saya sudah pilih nama Islam untuk Keith. Tetapi, kami belum sedia umumkan lagi,” katanya ringkas.
Sementara itu bagi Keith, dia mengakui sudah mula mempelajari asas-asas Islam sejak menjalinkan hubungan dengan Riena.
Malah, dia telah pun mempraktikkan beberapa perkara asas dalam agama dengan bantuan kekasihnya itu.
“Riena banyak bantu saya, ajar doa makan dan perkara asas lain.
“Saya sudah lama baca dan cuba faham mengenai agama Islam, bukan baru sekarang,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai soal perkahwinan, pasangan ini sepakat untuk tidak terburu-buru.
Mereka sebaliknya memilih untuk memberi keutamaan kepada kerjaya dan persetujuan keluarga masing-masing sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
“Kami percaya soal kahwin ni kena utamakan keluarga. Kalau mereka setuju, kami akan teruskan.
“Tetapi, sekarang kami sibuk dengan kerjaya. Doakan yang baik-baik,” kata Riena.
Untuk rekod, Keith dan Riena telah dicalonkan dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang akan disiarkan secara langsung di TV3, pada 3 Ogos depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam kehangatan menguruskan empayar makanan miliknya, pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, mengambil satu langkah mulia yang menyentuh hati ramai.
Demi menghargai semangat dan kecekalan sahabatnya, Ebby Yus yang tetap gigih mencari rezeki meskipun kesihatan tidak mengizinkan, Ajak memutuskan untuk menghadiahkan satu lagi cawangan restoran Bumbu Babah khas buat pelawak senior tersebut.
Menurut Ajak, cawangan baru itu dibuka berhampiran kediaman Ebby bagi memudahkan urusannya, dan dia turut tersentuh dengan kesungguhan Ebby yang kerap hadir ke restoran walaupun sedang menempuh ujian kesihatan.
“Hari ini, saya nak buat kejutan buat Abang Ebby Yus. Dia seorang yang rajin dan selalu datang ke kedai. Buatkan kita pula rasa segan. Saya jadi kesian.
“Macam mana saya nak buat agar Abang Ebby tidak penat tapi masih boleh datang kedai, jadi kami buka cawangan baharu di Kampung Baru.
“Lepas ni Abang Ebby boleh selalu datang sebab memang dekat dengan rumah. Abang Ebby akan jaga cawangan di Kampung Baru ini,” kongsinya.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Ajak menerusi satu video di Instagram.
Menerusi video sama, Ebby kelihatan sebak dan amat berterima kasih atas kepercayaan besar yang diberikan oleh Ajak kepadanya.
“Terima kasih banyak Ajak. Allahuakbar. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Dalam keadaan begini, saya sangat bersyukur.
“Saya pun selalu doakan agar bukan sahaja saya tapi seluruh pasukan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Semoga Ajak dapat terus berkongsi rezeki.
“Itu sahaja yang mampu saya lakukan saat ini. Yang lain saya tak mampu. Saya tiada daya dan upaya lain,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.