Berita

“Terlajak Post, Semua Kena Tanggung,” – Suami Muat Naik Video Guna Audio ‘Lelaki Jangan Miskin’? Ini Reaksi Norreen Iman

Share

Pelakon Norreen Iman tampil memberikan reaksinya terhadap perkongsian yang dimuat naik suaminya, Razzi Razak di media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan itu, Norreen memohon agar menjaga nama baik, namun tidak dinyatakan mana-mana individu tertentu.

“Terlajak perahu boleh undur, terlajak post semua kena tanggung. Jaga nama kedua-dua belah pihak,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon filem Mikael: Pemburu Dua Alam itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Norreen turut mengimbau kembali saat dia dan suami sama-sana mengharungi fasa-fasa susah di awal perkahwinan.

“Sama-sama kita ni budak flat, tujuh tahun pertama kahwin barulah direzekikan kereta. Ke mana-mana naik motor (senang). Hari-hari makan RM5 kongsi dua orang.

“Masak nasi goreng setiap hari sebab tak nak lauk habis cepat. Jual scrub sebab nak beli pampers. Buat review makan sama-sama sebab nak jimat barang dapur.

“Streaming macam nak kejung masa PKP sebab nk bagi anak makan,” kongsinya lagi.

Malah, Norreen turut percaya Allah tidak pernah kejam kepada umatNya dan segala yang terjadi disifatkan sebagai rezeki yang sudah tertulis.

“Jangan sesekali sebut ‘dunia kejam pada lelaki miskin’. Itu semua rezeki Tuhan,” ujarnya lagi.

Perjelas Mengenai Konten Viral

Sebelum ini, Razzi tampil menjelaskan mengenai video tular yang memaparkan dirinya sedang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin di sebuah bangunan tinggi.

Menurut Razzi, dia hanya memuat naik videonya yang sedang bekerja dengan menggunakan audio latar yang ketika ini sedang viral.

Malah, Razzi turut menegaskan video tersebut langsung tiada kena mengena dengan isternya dan dia hanya memuat naik konten seperti itu sebagai pembakar semangat.

“Aku tiada mention siapa-siapa atau libatkan isteri aku dalam video itu. Video itu memang sudah ada khas suara orang bercakap ‘lelaki jangan miskin’. Itu pembakar semangat aku sahaja supaya lebih rajin dan fokus.

“Aku tak cakap isteri aku hina aku ke sebab aku kongsi konten macam itu. Itu video pasal aku, sumpah.

“Satu hari kalau berjaya, kita boleh tengok balik video atau content dari mana kita start dari bawah,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Norreen menjadi perhatian ramai selepas rumah tangganya kini dikatakan sedang bermasalah.

Malah, baru-baru ini, Noreen dan suami dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dipercayai untuk menyelesaikan hal berkaitan rumah tangga mereka.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurnikan dua orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Razzi Razak, Norreen Iman

Published by
Aizam Manaf