Meriah! Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi popular, Baby Shima tampil menghiburkan kira-kira 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac lalu.
Membawakan lagu-lagu irama dangdut, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menampilkan persembahan cukup luar biasa dan bertenaga.
Shima yang merupakan satu-satunya artis yang membuat persembahan di konsert tersebut membawakan lagu seperti Pura-Pura Bujang, Kopi Dangdut, Aya Susanti, Madu Tiga, Yang Penting Happy dan Ada Gajah Di Balik Baru.
“Terkejut saya. Tak sangka hampir 35,000 penonton hadir menonton persembahan saya secara langsung. Terima kasih semua penduduk Kunak yang hadir.
“Terima kasih juga pihak penganjur kerana mempercayai bakat Shima yang merupakan satu-satunya artis pada malam konsert ttersebut ,” katanya.
Dalam pada itu, Shima juga mengakui kecaman-kecaman yang dilontarkan kepadanya sebelum ini sedikit sebanyak membuatkan dia risau dengan penerimaan peminat.
Ads
“Apa yang membuatkan saya terharu apabila ramai peminat datang meskipun saya sering dikecam apabila banyak isu ‘panas’ mengaitkan diri saya.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan seseorang penyanyi apabila dia terus dihargai peminat. Tanpa peminat siapalah saya.
“Sebagai manusia biasa tak ada yang sempurna. Kepada yang suka menghentam saya dengan kata-kata kecaman, saya tak mampu menghalang mereka. Dalam masa yang sama, kecaman tak datangkan kudis kepada saya.
Ads
“Setiap kecaman membuatkan saya lebih kuat. Manakala pujian yang diberikan pula tidaklah membuatkan saya rasa hebat. Ini kerana semua orang ada kelemahan mmasing-masing,” jelasnya lagi.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, pelakon filem Biko ini berharap netizen turut menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Ads
“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sempena bulan Ramadan, rasanya lebih baik kita semua sucikan hati.
“Kurang-kurangkanlah mengecam, menghina dan memfitnah terutamanya dalam media sosial. Saya tak tujukan kepada siapa-siapa, cuma untuk peringatan kita bersama,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setakat ini, difahamkan pihak Datuk Fizz Fairuz masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada individu di balik akaun Instagram ‘Makcik Puaka’.
Lalu, bintang berusia 39 tahun itu sekali lagi menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak terlibat tidak bertemu dengannya dan meminta maaf sebelum jam 12.00 malam ini.
“Saya dah keluarkan kenyataan secara lisan. Dia dah keluarkan secara bertulis di Instagram tapi ia tidak memadai.
“Saya nak jumpa secara depan mata untuk dia buat permohonan maaf tapi sehingga hari ini tiada permohonan maaf. Belum ada apa-apa keputusan daripada pihaknya lagi.
“Kalau tiada jawapan dan masih tegakkan benang yang basah, saya akan ambil tindakan,” tegasnya kepada MH.
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Mengakui telahpun hampir mengenal pasti individu di sebalik Makcik Puaka, namun pelakon ini tidak mahu membuka aib dan bertegas akan terus menyimpan rahsia sekiranya dia menerima permohonan maaf.
“70 peratus saya dah tau siapa Makcik Puaka kerana dia dalam bidang seni juga. Dia boleh jumpa saya secara personal kerana saya tidak mahu aibkan dia.
“Saya boleh tutup dan tidak akan sebarkan jika dia minta maaf secara empat mata. Saya buat sidang media bukan mahu malukan sesiapa.
“Tapi dia masih mahu berkeras. Permohonan maaf di laman Instagram tidak laku. Saya mahu dia jumpa saya.
“Ini sebab maruah dan tidak boleh buat main-main. Saya ada keluarga jadi fikir dahulu. Bukannya tutup begitu sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Star Vendors Mega Raya Fest 2019 di PWTC, Kuala Lumpur, siang tadi.
Terdahulu, namanya terpalit apabila terkait dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang didakwa ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah pulau peranginan, baru-baru ini.
Sementara itu Instagram yang dimaksudkan Fizz itu juga sudah menukar identitinya dan difahamkan sudah membuang posting berkenaan gosip.
Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebelum tular perihal ‘individu’ yang sering memancing mata netizen menerusi media sosial, pasti akan ada yang masih ingat dengan kelibat lelaki yang sering berpakaian wanita, menghadiri mana-mana majlis hiburan, terutamanya apabila melibatkan penyanyi popular, Ziana Zain.
Masakan tidak, tiba saja penyanyi yang popular dengan lagu Putus Terpaksa itu membuat persembahan, gelagat spontan Nik Aidi pasti jadi tumpuan ramai.
Lalu, jolokan sebagai ‘Ziana Zain Nombor 2’, memang cukup sinonim dengan individu bernama Nik Aidi ini. Jika dahulu perwatakannya sering disalah erti, kini MH difahamkan Nik Aidi kini kembali berubah secara perlahan-lahan kepada fitrah asal.
Malah sebelum ini, MH pernah menyiarkan artikel mengenai lelaki ini yang dikatakan sudah mulai mendekatkan diri denganNya, mengenakan serban dan sebagainya.
MH belanja beberapa keping foto terbarunya yang diambil menerusi Instagram. Moga Nik Aidi kekal istiqomah. Malah rakan artis turut menitipkan doa sama buatnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kreatif betul orang zaman sekarang berfikir. Tergamam apabila pertama kali melihat gambar pengantin bertopeng yang sedang tular di media sosial ketika ini.
Mungkin mereka ingin mencari kelainan dengan berfikiran kreatif dan tampil luar biasa daripada pasangan-pasangan pengantin yang lain.
Jom lihat foto-foto pengantin bertopeng ini.
Menerusi sumber yang berkongsi foto-foto pengantin ini, rata-rata netizen merasakan ianya mencuit hati dan mereka telah meninggalkan komen di ruangan komen gambar tersebut.
Eja Jazeera: sep bajet..tak gadoh nk make up ratus2…kahkahkah
Farah Amira Aliyas: hahahahah…hampa yg x kawin g boleh la wat laguni..sep dh x payah bayar duit kat mua dah
Khilaf Arjun Arjun: cover untuk tidak dicam oleh anak beranak isteri no 1 n no 2..janji dapat kawin no 3..
Roslinah Kasmat: Mcm2 lah org2 malaysia skarang ni….do all kind of nonsense things, just to earn popularity..
Balagajentheran Arulappar: Save duit buat make-up lah tu.
Dalam ada yang tertawa melihat foto ini ada juga yang berfikiran positif.
Aliza Ahmad Ramli: setiap orng ada ke inginan masing2… jd x slah klu mereka rasa ini yg terbaik tuk mereka…
Apapun setiap fesyen yang ingin digayakan oleh pasangan pengantin ini adalah hak mereka sepenuhnya. Mana tau selepas idea kreatif dorang memakai topeng di hari perkahwinan akan diikuti oleh orang lain selepas ini.
Sumber: Facebook Atok Orang Lame
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.