Sebelum ini, para peminat mungkin sudah ada mengetahui salah seorang program Mingguan Wanita, Siti Elizad pernah menjalani pembedahan bagi membuang cyst sebanyak dua kali.

Pembedahan kali pertama telah dilakukannya kira-kira 4 tahun lalu dan yang terbaru, tahun lalu.

Lalu, menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan, bintang berkenaan tampil berkongsi pengalaman menerusi talkshow Tanya Dr Imelda pada 1 Ogos depan.

Program tersebut bersiaran di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima hd 121 dan topik yang dibincangkan kali ini bertajuk Fibroid Berbeza Dari Cysts.

Menetik sebahagian dari perkongsian tersebut, Siti Elizad menjelaskan pada mulanya dia tidak tahu mempunyai cyst.

IKLAN

“Sebenarnya saya tidak tahu ada cysts, Saya ingatkan perut saya bloated atau buncit. Jadi saya tidak ambil tahu. Rasa bloated itu saya alami selama lebih kurang 2 bulan sebabnyacyst saya itu jenis aktif dan mengembang dengan cepat.

”Cyst yang dibuang pada pembedahan pertama seberat 4 kg. Manakala cyst yang dibuang pada pembedahan kedua sebesar 7cm.

”Pertama kali cyst itu dibuang saya tidak rasa apa-apa kerana hidup dalam keluarga yang sering melakukan pembedahan. Tetapi masa cyst sebesar bola itu dikeluarkan, mereka (doktor) mengatakan sebelah ovari saya sudah tidak ada kerana ia tertarik sekali semasa pembedahan dilakukan,” katanya seperti yang dipetik Mingguan Wanita.

IKLAN

Lalu, pembedahan membuang cyst dan kehilangan satu ovari secara langsung membuatkan dirinya ‘down’ lebih 6 bulan.

“Saya takut. Sedangkan wanita ada dua ovari pun sukar dapat anak. Inikan saya yang tinggal hanya satu ovari. Jadi sehingga sekarang saya masih lagi buat pemeriksaan susulan. Saya sebagai wanita dalam fikiran saya tidak ada apa-apa melainkan mahu mendapatkan anak.

”Oleh itu sehingga kini saya masih lagi buat check-up untuk melihat sama ada cyst saya itu tumbuh dengan cepat atau aktif,” jelasnya yang turut berpesan mengenai kepentingan dalam menjaga kesihatan.

IKLAN

“Sekarang ini ada macam-macam penyakit. Setiap tahun saya nasihatkan wanita agar jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jangan takut untuk melakukannya.

”Jika ada cyst dan ia masih kecil, kita (wanita) tidak perlu melakukan pembedahan besar. Doktor mungkin akan tembak sahaja untuk buatkan cecair atau gumpalan darah itu pecah. Jangan tunggu sampai besar.

”Pada wanita di luar sana, jangan takut untuk berjumpa dengan doktor terutamanya Pakar Sakit Puan,” pinta Elizad.

Foto: Instagram Siti Elizad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI