“Teringat Beberapa Peristiwa Yang Saya Rasa Hanya Mungkin Salah Faham,” – Lisdawati Mohon Maaf

Share

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Lisdawati, bintang ini ada memohon maaf secara terbuka bersama pengikutnya.

Pelakon berusia 41 tahun ini memaklumkan dirinya teringat beberapa peristiwa yang terjadi dalam hidupnya lalu yang pernah menimbulkan salah faham.

“Salam Subuh semua , pagi isnin ni sy minta maaf jika sy pernah buat salah kepada sesiapa sahaja.

“Tak tahu kenapa sy Teringat beberapa peristiwa yg sy rasa Hanya mungkin salah faham atau hasutan org ketiga.

“Segalanya mungkin .. Hanya Allah swt shj yg tahu.. Cukuplah , Ianya kisah silam . Hanya sy simpan jadikan kenangan Hidup yg mengajar sy sikap manusia.

“Terima Kasih keluarga , sahabat yg mengenali dan terus menyokong dan membina semangat. Sy Sedar Hidup tak lama.

#bilaorgrasadiakenalkita#takkenaltapipurapurakenal#takkenaltapitaburfitnah
#fitnahjadimakananharian#bilahiduptidakbersyukur#biladuniadahnakkiamat#orgbetuldipijakorgsalahdiangkat#lumrah .@divascarfhq,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat turut memberi kata-kata semangat kepada Lisdawati.

Sekadar informasi, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin telah dilahirkan pada 15 Disember 1978 di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Lisdawati

IKLAN