Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selamat bergelar tunangan kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Sabtu.
Majlis indah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata, tampak anggun dengan mengenakan persalinan dalam rona pastel ilham Atelia Amani.
Ads
Bella Terima Lima Dulang Hantaran
Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq, pada majlis yang bermula sekitar jam 3.30 petang itu.
Ads
Antara rakan selebriti yang turut hadir meraikan hari bahagian pasangan terkenal itu ialah Datuk A Aida, Nora Danish, Nabil Ahmad, Nur Fazura, Que Haidar dan ramai lagi.
Ads
Majlis itu turut disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aprena Manrose menegaskan dirinya kini belum bersedia untuk kembali berumah tangga, sekali gus memilih untuk terus memberi tumpuan kepada diri sendiri dan kerjaya.
Menurut Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, selepas menjalani perhubungan selama 14 tahun, dia setakat ini mahu menikmati perjalanan hidupnya sendiri.
“Buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk mencari pasangan hidup. Ketika ini, saya mahu hidup dalam keadaan bertenang. Sebelum ini, saya sudah 14 tahun hidup dalam perhubungan.
“Jadi, saya rasa inilah masanya untuk saya menyayangi dan fokus pasa diri sendiri. Saya sudah penat. Luka lama telah sembuh,” katanya kepada MH.
Aprena turut menjelaskan bahawa dia mahu memberi ruang kepada dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan perancangan untuk kembali berumah tangga.
“Ada sahaja yang ajak berkawan dan cuba mendekati. Ada yang kata usia saya bukan muda lagi. Pada saya, 33 tahun bukanlah tua sangat.
“Bila ada yang ajak saya berkahwin, saya sebolehnya mahu menunggu lagi dua hingga tiga tahun. Saya mahu hidup single dahulu. Dahulu kita asyik fikirkan fasal pasangan. Kini saya mahu utamakan diri dahulu.
“Saya bercinta sejak umur 18 tahun dan berkahwin pada umur 23 tahun. Adalah sedikit perasaan trauma itu,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, pelakon drama, Impiana: Karma ini mengakui dirinya bersyukur kerana dipertemukan dengan orang-orang yang baik selepas bercerai.
“Sebelum bercerai, saya ada terfikir, ada ke orang yang mahu janda seperti saya. Sebenarnya, ada sahaja yang cuba mendekati.
“Alhamdulillah, semua yang hadir di dalam hidup saya selepas bercerai memang baik-baik belaka. Cuma buat masa sekarang, belum ada yang berjaya membuka hati saya,” katanya.
Ditanya mengenai perubahan kehidupannya selepas kembali bergelar solo, Aprena memaklumkan bahawa dirinya kini lebih terbuka untuk memberi tumpuan kepada kerjaya yang dicintainya.
“Saya dan bekas suami hanya hidup berdua sahaja. Kami tiada anak dan tidak terikat dengan apa-apa. Namun, sudah tentu ada beza bila kehidupan selepas berkahwin dan bercerai.
“Ketika berkahwin, kita kena jaga batas pergaulan. Sebab itu juga saya kurangkan aktiviti berlakon. Sebenarnya saya memang tidak mahu berlakon lagi.
“Saya pernah berhenti seketika daripada dunia lakonan ketika nak buat IVF. Malah, saya juga merasakan isteri memang tak sesuai untuk bekerja. Keluarga saya memang sudah dididik sebegitu.
“Namun, bila hubungan itu tidak boleh diselamatkan lagi, kini saya kembali memikirkan tentang kerjaya. Saya kini lebih bebas untuk bekerja dan berkawan,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aprena berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 2016. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasrudin menegaskan pemilihan tajuk bagi karya terbaharunya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur keagamaan.
Sebaliknya, Nazifdin menjelaskan penggunaan perkataan ‘malaikat’ hanyalah sebagai metafora untuk menggambarkan sinar dan harapan yang dibawakan oleh dua watak utama, Azam dan Ratna, yang masing-masing bergelut dengan kehidupan mereka.
“Saya ingin memohon maaf jika perkataan ‘Malaikat Malam’ itu ada menyinggung mana-mana pihak. Sejujurnya penggunaan perkataan malaikat itu tiada kena mengena dengan konteks keagamaan secara literal.
“Ia hanya merujuk kepada satu objektif penting. Kalau nak faham, anda kena tonton filem ini. Saya tak boleh nak bagitahu makna sebenarnya.
“Secara keseluruhan, perkataan ‘malaikat’ itu hanyalah metafora yang berkait rapat dengan fungsi kedua-dua watak utama Azam dan Ratna. Mereka saling memberikan sinar dan harapan buat diri masing-masing.
“Perkataan itu digunapakai dengan penuh kepekaan dan moraliti. Saya bukan nak menyinggung mana-mana pihak. Harap mereka faham,” katanya kepada MH.
Nazifdin atau sinonim disapa Bujoq berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Malaikat Malam yang berlangsung di Kingston Hotel Premier, baru-baru ini.
Akuinya lagi, dia tidak menyangka pemilihan tajuk tersebut akan mencetuskan perbincangan besar, memandangkan penggunaan bahasa metafora dalam tajuk filem bukanlah sesuatu yang asing.
“Sejujurnya saya memang tak menyangka pemilihan tajuk ini akan menjadi isu besar. Filem-filem dahulu pun ada menggunakan tajuk seperti ini.
“Malah, di negara-negara luar juga, mereka menggunakan nama yang agak puitis. Saya boleh sahaja nak buat tajuk ‘KL Rempit’ atau sebagainya tapi filem ini ada sisi lembutnya.
“Jadi, pemilihan tajuk juga perlu ada kelembutannya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Nazifdin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya cuba menyamakan kehidupan mat motor dengan malaikat menerusi tajuk filem tersebut.
“Pada saya, pandangan seperti itu diambil secara luar konteks. Namun, saya faham bila ada yang membuat andaian sedemikian. Saya tak salahkan mereka.
“Apa yang boleh saya katakan, filem ini tak seperti apa yang mereka gambarkan itu. Saya tak guna perkataan ‘malaikat’ itu untuk menggambarkan dunia permotoran.
“Ia berkait rapat tentang kehadiran dua individu yang saling memerlukan,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya sama ada kontroversi berkaitan tajuk filem itu menimbulkan kerisauan terhadap jumlah kehadiran penonton, Nazifdin berharap orang ramai dapat memahami maksud sebenar selepas menonton karya berkenaan.
“Bila buat filem, sudah tentu kita mahukan publisiti yang baik sahaja. Ada juga yang kata, publisiti yang buruk juga mampu memberikan impak.
“Namun, saya juga tak bersetuju jika publisiti ini ada menyinggung mana-mana pihak. Dalam masa sama, isu ini turut mengajar saya juga.
“Diharapkan selepas anda menonton dan faham maksud filem ini, mungkin publisiti buruk ini boleh berkurang. Itulah harapan saya,” akhirinya.
Terdahulu, filem Malaikat Malam terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 26 Mac.
Filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Que Haidar dan Kodi Rasheed.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui risau apabila perlu berjaga malam dan menjaga anak ketiganya, Anggun Mikayla, seorang diri selepas suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir kini disahkan positif COVID-19.
Menurut Ayda, ini kali pertama dia perlu menguruskan anaknya itu sendirian kerana sebelum ini, segala tugas menjaga anak dan berjaga malam dilakukan sepenuhnya oleh suaminya.
“Ada ni tengah memikirkan macam mana nak jaga Anggun Mikayla sorang-sorang malam ini. Kali pertama ini kena jaga sorang. Selalu Nabil yang bangun malam uruskan baby.
“Kalau saya rajin saya tolong-tolong sebagai PA sahaja. Tak mengapa. Saya boleh buat semua ini.
“Nabil kena COVID-19. Tadi pergi klinik dan swab. Dua garis,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Yaa Hari Raya itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Dalam masa sama, Ayda turut mendoakan agar suaminya cepat sembuh serta berharap ahli keluarganya yang lain tidak dijangkiti wabak berkenaan.
“Semoga lekas sembuh sayangku. Ada lagi COVID-19 ini eh. Patutlah semalam Nabil demam dan lemah je.
“Cepat sembuh sayang. Doakan Mimi, Nayla dan Dedek tak kena COVID-19 ya guys. Amin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan anak ketiga, Anggun Mikayla yang dilahirkan pada 26 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang bakal mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul...