Persembahan penyanyi Aina Abdul menerusi segmen ‘tribute’ kepada rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah menerusi lagu Ke Hujung Dunia menjentik jiwa ramai.
Nyanyian penuh emosi dan tersendiri yang dibawa artis berkenaan di malam Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) pada Ahad.
Aina turut berkongsi beberapa hantaran mengenainya di Instagram.
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Ads
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-36 bersama komposer dan penulis lirik, penyanyi Marsha Milan mengakui dia berasa sedikit tertekan untuk mencari material lagu terbaik selepas ini.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Marsha Milan Londoh, 37, ini dia bersyukur kerana bakatnya kini semakin diterima ramai selepas hampir dua dekad menceburi bidang seni.
“Melihat perkembangan kerjaya yang semakin rancak selepas AJL36, saya mula rasakan satu peningkatan dalam portfolio kerjaya saya. Ini membuktikan segala usaha kerasa saya selama ini berbaloi.
“Saya sudah ada hala tuju sendiri dalam muzik dan tidak mahu lari jauh dari lagu Cinta kerana itulah pilihan saya.
“Saya bukan sahaja risau perlu mencapai aras pencapaian sendiri, namun saya juga takut dengan pandangan orang terhadap lagu yang bakal saya keluarkan nanti.
“Disebabkan itu saya agak memilih dan tidak ambil mudah dalam mencari material lagu baharu. Saya kumpul dahulu beberapa buah lagu daripada beberapa orang komposer sebelum membuat pilihan,” katanya kepada Media Hiburan.
Menerusi AJL36 yang diadakan pada 6 Mac lalu, lagu Cinta nyanyian Marsha yang cipta oleh Akim Ahmad dan isteri, Stacy berjaya meraih tempat kedua pertandingan tersebut.
Malah, persembahan dan penghayatan emosi Marsha pada malam itu turut melayakkannya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik hasil undian daripada peminat.
Sementara itu, dalam bidang lakonan, Marsha kini tampil dengan drama terbaharu berjudul Seribu Nina yang kini ditayangkan menerusi aplikasi Viu.
Bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Adriana Adnan, Marsha berharap selepas ini akan ada lebih ramai penerbit dapat melihat sisi bakat lakonannya pula selain daripada nyanyian.
“Saya harap drama Seribu Nina ini dapat menjadi platform agar portfolio kerjaya menjadi lebih besar selepas ini.
“Untuk drama ini, ketika mula-mula dapat skrip saya ada rasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. Tapi saya gembira sebab pihak produksi turut menyediakan kelas latihan supaya setiap pelakon boleh mendalami watak mereka,” katanya yang membawakan watak seorang pemburu dari dimensi lain yang ditugaskan untuk ‘menculik’ Nina lakonan Adriana Adnan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menyimpan hasrat untuk membawa single terbarunya yang berjudul Alah Bisa hasil kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir untuk dipertandingkan di pentas-pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menurut Amira, harapannya terhadap lagu ini sememangnya amat besar namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT.
“Sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini, saya masih lagi belum berkesempatan ke pentas AJL. Sebelum ini ada lagu bersama Sufian Suhaimi tapi setakat di semi-final sahaja.
“Saya sebenarnya tidak menspesifikasikan mana-mana lagu sebab walau macam mana pun kita merancang, kalau Allah kata belum rezeki, tidak akan jadi juga.
“Kalau tanya mengenai harapan saya tentang lagu ini, sebenarnya memang besar dan saya berhasrat ingin membawa lagu ini di pentas-pentas besar yang belum pernah saya jejaki,” tulisnya.
Bekas bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-10 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Alah Bisa yang berlangsung di Ibu kota pada Khamis.
Amira turut menambah, dia tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengalah kerana menyanyi merupakan perkara yang paling disukainya.
“Saya mula memasuki pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun. Sepanjang tempoh itu banyak kali juga saya kalah. Menang pun mungkin sekali je rasanya.
“Ada kalanya rasa sedih juga tapi disebabkan kecintaan terhadap bidang nyanyian yang membuatkan saya terus bersemangat.
“Saya percaya semua orang dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tidak akan putus asa. Saya tak mahu mengalah lagi.
“Selagi ada rezeki, saya mahu terus menghasilkan karya-karya yang terbaik buat pendengar khususnya buat para peminat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia cemburu bila melihat rakan-rakan seperjuangan di Akademi Fantasia dahulu kini lebih menyerlah berbanding dirinya, Amira memberitahu kejayaan-kejayaan rakan artis inilah yang menaikkan semangatnya untuk menjadi lebih baik
Saya, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi dulu siap ada group yang sama untuk membincangkan mengenai perjalanan kerjayamasing-masing tetapi begitulah kehidupan.
“Bila kita keluarkan sesebuah lagu ni, ada kala tak jadi. Bila keluar lagu seterusnya, menjadi pula. Begitu juga dalam bidang lakonan.
“Saya merupakan seorang yang sangat percaya kepada rezeki. Jadi, saya tidak berasa cemburu dan iri hati. Kami semua masih berkawan baik dan kami memang menyokong antara satu sama lain.
“Kejayaan rakan-rakan ini sebaliknya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama buat yang terbaik dan bergerak ke tahap yang baru,” akhirinya.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...