Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menyimpan hasrat untuk membawa single terbarunya yang berjudul Alah Bisa hasil kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir untuk dipertandingkan di pentas-pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Amira, harapannya terhadap lagu ini sememangnya amat besar namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT.

“Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman

“Sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini, saya masih lagi belum berkesempatan ke pentas AJL. Sebelum ini ada lagu bersama Sufian Suhaimi tapi setakat di semi-final sahaja.

“Saya sebenarnya tidak menspesifikasikan mana-mana lagu sebab walau macam mana pun kita merancang, kalau Allah kata belum rezeki, tidak akan jadi juga.

“Kalau tanya mengenai harapan saya tentang lagu ini, sebenarnya memang besar dan saya berhasrat ingin membawa lagu ini di pentas-pentas besar yang belum pernah saya jejaki,” tulisnya.

Bekas bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-10 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Alah Bisa yang berlangsung di Ibu kota pada Khamis.

Amira turut menambah, dia tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengalah kerana menyanyi merupakan perkara yang paling disukainya.

IKLAN

“Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman

“Saya mula memasuki pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun. Sepanjang tempoh itu banyak kali juga saya kalah. Menang pun mungkin sekali je rasanya.

“Ada kalanya rasa sedih juga tapi disebabkan kecintaan terhadap bidang nyanyian yang membuatkan saya terus bersemangat.

“Saya percaya semua orang dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tidak akan putus asa. Saya tak mahu mengalah lagi.

IKLAN

“Selagi ada rezeki, saya mahu terus menghasilkan karya-karya yang terbaik buat pendengar khususnya buat para peminat,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya adakah dia cemburu bila melihat rakan-rakan seperjuangan di Akademi Fantasia dahulu kini lebih menyerlah berbanding dirinya, Amira memberitahu kejayaan-kejayaan rakan artis inilah yang menaikkan semangatnya untuk menjadi lebih baik

Saya, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi dulu siap ada group yang sama untuk membincangkan mengenai perjalanan kerjayamasing-masing tetapi begitulah kehidupan.

“Bila kita keluarkan sesebuah lagu ni, ada kala tak jadi. Bila keluar lagu seterusnya, menjadi pula. Begitu juga dalam bidang lakonan.

IKLAN

“Saya merupakan seorang yang sangat percaya kepada rezeki. Jadi, saya tidak berasa cemburu dan iri hati. Kami semua masih berkawan baik dan kami memang menyokong antara satu sama lain.

“Kejayaan rakan-rakan ini sebaliknya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama buat yang terbaik dan bergerak ke tahap yang baru,” akhirinya.

“Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman “Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman

Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

https://youtu.be/807ouwjy1Lg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI