Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty ada berkongsi sedutan babak lakonannya dalam drama bersiri, Dalam Hati Ada Cinta bersama rakan artis Datin Seri Umie Aida di Instagram.
Menerusi drama yang diterbitkan pada 2003 itu, keduanya memegang peranan sebagai adik-beradik.
Sementara pada kapsyen posting tersebut, bintang ini ada memberi dedikasi terhadap Umie yang disifatkan sebagai sahabat dunia dan akhiratnya.
Malah, Ellie turut menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan bintang berkenaan buatnya sepanjang tempoh persahabatan yang terjalin.
“My Sahabat Dunia Akhirat Umie Aida. Terima Kasih Umie kerana tidak pernah menyingkirkan enjem dalam persahabatan kita walau hampir seluruh warga Industri Seni memberi pandangan sinis terhadap enjem selama 22 bulan yang lalu.
“Thank you for your undivided support, Love, trust and faith Umie. Semoga Umie Berbahagia hingga ke Syurga ALLAH I Love you Sahabatku Umie Aida,” tulisnya.
Ads
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberi aprisiasi seterusnya menghormati hubungan di antara mereka.
Malah ada rakan selebriti yang turut sama meninggalkan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon Ellie. Umie dilihat turut sama membalas ucapan tersebut.
“Hari tu kan Nabil kopak laptop lama untuk selamatkan hard drive. Ni dia salah 1 gambar dari tahun 2008. I was 20, how time flies.
“Masa ni macam2 product muka pakai tapi lepas baik je, set jerawat baru akan tumbuh. Yang paling tak paham tu kenapala tak shave unibrow tu woii aduhhh hahaha!
“Gambar sebelah versi kalau takde jerawat and unibrow,” tulisnya pada entri dua foto yang dilampirkan.
Rata-rata peminat turut memberikan reaksi selain Ayda Jebat yang menyifatkan wajahnya tidak sama dengan bakal suaminya itu.
Sebaliknya, Ayda memandang Nabil sebagai individu yang lebih kacak, baik hati dan sebagainya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan ikatan merisik dan bertunang secara maya hujung April lalu.
Mereka menggunakan aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara bulan lalu.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul dengan single sulung berjudul Sinar lebih dua tahun lalu, kini penyanyi remaja, Megat Rahim melancarkan single terkininya, Sudahlah hasil ciptaaan sepenuhnya dari Chubb-E.
Jika Sinar mempunyai elemen pop Jazz, lagu terbarunya kini pula mengetengahkan genre raggae yang diselitkan eleman Latin.
Megat atau nama lengkapnya, Megat Abdul Rahim Abdul Razak akui, genre itu memberikan cabaran baru buatnya dan berharap ia mampu menonjolkan lagi sisi lain dalam dirinya sebagai penyanyi.
“Diakui pada awalnya saya sukar buat keputusan sama ada nak menyanyikan lagu ini atau tidak. Sebab ia genre yang jauh berbeza daripada lagu pertama dan bukan muzik saya.
“Tapi, sebagai penyanyi saya perlu mencuba genre lain sekali gus ingin menjadi penyanyi yang versatil. Insya-Allah, akan datang saya nak mencuba muzik Hip Hop pula,” katanya.
Sudahlah yang dilancarkan dua bulan lalu kini sudah mula dimainkan stesen radio utama negara dan meyakini jika lagu itu dapat diterima baik peminat muzik tanah air.
“Alhamdulillah, saya difahamkan beberapa radio utama sudah mainkan lagu ini dan masuk carta lagu. Saya dimaklumkan oleh ‘family’ iaitu panggilan kepada peminat saya.
“Mereka sentiasa kemaskini dan ‘tag’ di IG setiap kali lagu ini diputar. Tentu saja saya berasa sangat teruja.
“Malah, saya berharap lagu ini akan hit dan terus mendapat tempat. Sekali gus, orang akan mengenali saya menerusi lagu ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu tersebut lagi, Megat tidak menafikan ia agak sukar untuk dirakam pada peringkat awal.
“Genre ini pertama kali saya nyanyikan. Ternyata ia bukan mudah. Ia lain daripada sebelumnya dan susah nak tangkap.
“Tapi, saya enjoy dan cuba yang terbaik. Pertama kali rakam, ia ambil masa 4-5 jam. Kemudian, saya berehat seminggu sebab menduduki SPM.
“Selepas itu, baru saya rakam kali kedua. Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasilnya dan tidak menjangka berjaya menyanyikan genre ini,” katanya.
Sama seperti kebanyakan penyanyi baru lain, Megat Rahim juga berharap dan meletakkan sepenuh keyakinan terhadap lagu itu bagi membawa kerjayanya maju ke hadapan.
“Macam dikatakan, saya sentiasa mencuba benda segar. Dalam pada yang lain muncuk dengan lagu sedih, sebaliknya pula menjadi pilihan saya.
“Saya jenis yang suka dengan lagu yang mudah didengar. Kalau boleh saya taknak terlalu terikut.
“Saya nak orang faham muzik dan jiwa. Sebab itu saya memilih pop jazz sebagai muzik saya. Ia juga diinspirasikan daripasa ibu bapa saya yang menyukai muzik jazz,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Megat Rahim juga membuka akaun Instagram baru, @megatrahim28 selepas akaun lama digodam.
Megat Rahim yang juga bekas pelajar di Sekolah Menengah Bandar Utama menjadikan penyanyi Bruno Mars, Michael Buble, Stevie Wonder dan Hael Husaini sebagai idola.
“Dua dua bulan lepas saya pernah pegang gitar dan mencuba cari melodi. Rentak sudah ada, tapi belum ada ‘passion’ tulis lirik sendiri.
“Saya belum yakin ke arah itu. Mungkin ia ambil masa sedikit,” katanya.
Megat juga berkongsi, dia bersedia untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian bagi mencabar diri sebagai penyanyi.
“Saya pernah pergi menghadiri sesi uji bakat Big Stage musim pertama. Tapi, saya tak lepas sebab umur baru 16 tahun.
“Tahun ini mungkin tak ada peluang, jadi saya nak mencuba tahun depan pula. Saya okay untuk bertanding dan sedia untuk menyanyikan apa saja jenis lagu,” katanya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi perjalanan membesarkan anak angkatnya, Tiara Zinnirah yang disifatkan sebagai ruang untuk dicurahkan kasih sayang.
Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat yang sentiasa mengambil berat dan memudahkan urusan proses mengambil anak angkat.
Jelasnya, ujian ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai buat insan sepertinya.
“Semoga Warga JKM hulu langat sentiasa dalam lindungan Allah.. terima kasih sentiasa ambil berat tentang perjalanan tiara zinnirah.
“Hari ini dapat bertemu lagi dengan mereka semua dan akan terus berurusan dengan mereka sehinggalah tiara besar.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat..ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka.
“Yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
“Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita.. serta berkenalan dengan ramai orang.. kita baru sorang.. mereka di JKM?
“Beribu orang untuk di proses.. tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
“Saya buat Untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi..kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
“Ayah sayang awak tiara zinnirah nasir bte abd haq. #bintangmamaayah,” kongsi Achey.
Sekadar imbasan, Achey mendirikan rumah tangga dengan Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak sepuluh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei 2018.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.