Tahukah anda, industri animasi tanah air kini bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton tempatan, malah ia juga telah berjaya menambat hati jutaan penonton di seluruh dunia.

Buktinya, baru-baru ini, nama bintang bola sepak Manchester United, Paul Pogba hangat diperkatakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia bukan kerana aksi lincahnya di atas padang tetapi disebabkan seri animasi yang ditontonnya bersama keluarga.

“Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja “Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Pogba yang memiliki jumlah pengikut seramai 48.1 juta itu dilihat sedang menonton siri animasi Islamik popular negara yang berjudul Omar dan Hana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba)

Perkongsian tersebut nyata menzahirkan rasa teruja buat suluruh rakyat Malaysia malah ia juga disifatkan sebagai pendedahan yang terbaik buat siri animasi terbitan syarakat produksi Digital Durian itu.

“Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja

IKLAN

Dalam satu hantaran di laman Instagram, pihak Omar Dan Hana turut meluahkan rasa teruja mereka terhadap posting yang dimuat naik oleh pemain antarabangsa Perancis itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar & Hana Malaysia (@omardanhana)

“Meremang Min dengar bila player bola kegemaran Min pun tengok Omar & Hana. ada peminat #ManchesterUnited tak kat sini?,” tulis pengendali akaun tersebut.

Sementara itu, netizen turut dilihat membanjiri ruangan komen Instagram bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

IKLAN

“Pogboom, nanti boleh buat character dalam Omar Dan Hana ni.

“Omar & Hana. Thank you for watching Malaysian cartoon. May Allah bless you king Pogba.

“Bangga aku jadi orang Malaysia.

“That is Omar Dan Hana from Malaysia,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

IKLAN

“Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja “Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja

Setakat ini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 800,000 takda suka selaik turut dihujani ribuan komen.

Sekadar informasi, siri Omar dan Hana ini membawa penonton mengikuti perjalanan Omar, Hana, keluarga dan rakan-rakan ketika mereka belajar tentang nilai Islam dan ciri-ciri Islam yang baik.

“Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja “Terima Kasih Tengok Kartun Malaysia, May Allah Bless You,” – Penangan Omar & Hana Ditonton Paul Pogba, Peminat Malaysia Luah Rasa Teruja

Selain bahasa Malaysia, siri animasi ini juga turut diterbitkan dalam beberapa bahasa lain antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Urdu.

Sumber: Instagram Paul Pogba & Omar Hana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI