Tidak dinafikan, peranan golongan selebriti tidak hanya terbatas sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya ia juga mampu menjadi pencetus semangat serta motivasi kepada masyarakat, termasuk warga pasukan keselamatan.
Oleh sebab itulah, Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perisma) Kebangsaan, Datin Neta Abdul Hamid melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyampai radio Gegar, Fizie Roslan terhadap anggota bomba, sebelum ini.
Beliau menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan kedua-dua selebriti itu sebagai suntikan motivasi kepada warga Perisma untuk terus berbakti.
“Saya mewakili Perisma mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Fizie yang memberi sumbangan dan sokongan moral kepada anggota bomba, baru-baru ini.
“Satu penghargaan buat kami apabila Siti yang juga pengasas Yayasan NurJiwa memberi perhatian dan sumbangan kepada anggota bomba menerusi Perisma.
“Begitu juga dengan Fizie Roslan yang turun ke lokasi kebakaran di Pekan, bersama Pengerusi Perisma Pahang dan team produk Mineral Essence menyantuni kira-kira 150 anggota termasuk pasukan sukarelawan.
“Sokongan mereka sebenarnya sangat memberi kesan positif serta jadi motivasi buat kami di Perisma. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Pahang, baru-baru ini.
Teguh Menjaga Kebajikan
Dalam pada itu, Datin Neta turut berpendapat sokongan yang diberikan oleh bintang terkenal itu secara tidak langsung membuka mata orang ramai mengenai peranan dan fungsi sebenar Perisma.
Ads
“Jujur dari hati, saya berbesar hati apabila Siti Nurhaliza pun menunjukkan sokongan terhadap peranan kami sebagai Srikandi Wira Merah.
“Kalau Biduanita Negara sokong Perisma, diharapkan pihak lain juga bersemangat untuk membantu golongan memerlukan bersama-sama kami,” ujarnya.
Malah jelasnya lagi, Perisma bukan hanya sekadar lambang sokongan, sebaliknya memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anggota dan keluarga bomba.
“Kami sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat apabila suami berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasan sebagai anggota bomba.
“Dalam masa yang sama, Perisma menjalankan amanahnya untuk menjaga kebajikan isteri-isteri bomba dan anggota bomba wanita.
“Kebajikan yang diberikan disampaikan dalam pelbagai bentuk. Misalnya apabila ada pegawai bomba wanita atau isteri anggota bomba yang sakit atau ditimpa bencana, kami akan bantu dari segi kewangan dan berusaha memenuhi bantuan yang diperlukan.
Ads
“Perisma juga memainkan peranan apabila ada keluarga anggota bomba yang susah atau mengalami kesukaran hidup. Kami akan usahakan yang terbaik.
“Kami turut menekankan soal kemahiran dalam diri setiap ahli melalui penganjuran kelas memasak dan kursus kecantikan sebagai persediaan membantu menambah pendapatan keluarga,” jelasnya.
Beliau berharap Perisma akan terus dikenali kerana peranannya yang besar kepada masyarakat, bukan sekadar bergantung pada populariti kerjaya anggota bomba.
“Kalau ada yang cakap Perisma ini hanya tempelan dan nak menumpang populariti kerjaya bomba, itu silap. Perisma mempunyai peranan tersendiri,” katanya lagi.
Terus Komited, Rai Semangat Anggota
Sementara itu, Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Perisma negeri yang menunjukkan semangat luar biasa dalam menjayakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 pada 5 Mei lalu.
Ads
“Saya berbangga dengan komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan. Saya tahu tidak mudah untuk menyertai perbarisan itu kerana kita sebagai isteri mempunyai banyak tugasan hakiki di rumah.
“Nampaknya semangat kuat mereka mengatasi segala-galanya walaupun cuaca agak panas. Siap boleh senyum lagi di hadapan Pentas Diraja.
“Dalam hal ini, apa yang lebih penting, Perisma harus terus dikenali kerana peranan pentingnya. Bukan hanya tempelan.
“Harapan saya agar ahli-ahli Perisma sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri, akan sokong segala aktiviti yang dijalankan. Bagi saya, sokongan ini sebenarnya sekaligus dapat menaikkan nama Perisma itu sendiri,” katanya.
Pada 4 Mei lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Jalan Mahkota, Kuantan.
Turut mengiringi Baginda, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam titahnya, Al-Sultan Abdullah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga bomba atas khidmat bakti yang dicurahkan demi keselamatan rakyat di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun, pelakon Bella Dowanna mengakui banyak pihak yang cuba mendekati dirinya.
Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim memaklumkan dia kini hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya dan tidak terlalu memikirkan tentang pasangan hidup.
“Memang ada sahaja yang cuba mendekati namun, kini bukan masanya saya mencari pasangan. Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri, kerjaya dan menjaga kesihatan.
“Ketika ini, saya berpegang kepada motto tak mati pun kalau kita hidup single. Kita tetap hidup seperti biasa. Carilah sesuatu perkara yang anda suka buat.
“Jangan bersedih kalau masih single. Jalani sahaja hidup ini,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Budak Tebing itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Rocketfuel, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga ada menerima mesej-mesej di media sosial dariapda individu-individu yang ingin berkenalan dengan dirinya secara lebih dekat.
“Nak kata ramai itu tidaklah tapi adalah yang cuba dekat. Kalau tiada, nanti kata kita tak laku pula. Sibuklah juga nak periksa DM itu. Ada akaun yang betul dan ada juga yang palsu.
“Namun, kalau saya dah nampak mesej-mesej yang agak pelik dan merepek, saya memang tidak akan buka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mengakui perubadan fizikal yang dilaluinya saat ini telah membuka lebih banyak peluang dalam bidang lakonan.
Malah, Bella kini juga sedang sibuk mengacarakan program Diari Big Stage Alpha yang bersiaran di Astro.
“Mungkin ada betulnya juga. Perubahan fizikal saya ketika ini mungkin menjadi faktor saya terima banyak tawaran. Mungkin juga wajah saya kini nampak lebih matang.
“Malah, kini saya sudah mendapat watak sebagai seorang ibu dan wanita yang sudah berkahwin. Ada kalanya, saya tertanya-tanya juga kenapa pengarah berikan saya watak seperti ini.
“Padahal saya baru berusia 22 tahun. Namun, saya tetap berterima kasih dengan tawaran yang diberikan. Itu bermakna nama saya masih relavan,” akhirinya.
Terdahulu, Bella menjadi perhatian ramai apabila berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun.
Dia turut menafikan menjalani pembedahan bariatrik sebaliknya konsisten melakukan diet ‘one meal a day’ atau makan sehari sekali serta berpuasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon berpengalaman Rusdi Ramli, meluahkan rasa teruja apabila lakonannya sebagai Zulkifli dalam drama Pabila Dia Tersenyum menerima pujian dan memberi kesan mendalam kepada penonton.
Menurut Rusdi, kejayaan watak jahat yang dibawannya kali ini adalah hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Feroz Kadir.
“Saya seronok walaupun ramai yang benci watak itu. Saya jarang dapat mainkan watak sebegini. Selalunya pengarah beri saya watak baik dan teraniaya.
“Sebelum ini, saya pernah bawa watak sebegini tapi orang tak perasan. Kali ini ia berjaya beri impak,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama tersebut, baru-baru ini.
Rusdi menambah, sepanjang penggambaran, dia juga memberi sepenuh fokus untuk menjadikan wataknya dibenci penonton, satu indikator kejayaan bagi watak antagonis.
“Watak ini tidak terlalu susah dan tidak juga terlalu senang. Saya telah dibantu dengan skrip dan pengarah. Skrip telah memberikan gambaran yang jelas tentang watak ini.
“Jika watak saya dibenci, itu bermakna lakonan saya berjaya. Sewaktu penggambaran, fokus pertama saya adalah untuk memuaskan hati pengarah.
“Kedua, apa yang jadi sekali pun, saya nak penonton benci dan meluat dengan saya. Dalam setiap babak, saya akan cari cara buat orang menyampah,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai trend pelakon senior yang kini diberi watak yang lebih menonjol, Rusdi menyambut baik perkembangan itu dan melihatnya sebagai satu petanda positif dalam industri.
“Bila pelakon senior bawa watak antagonis, mungkin itu trend semasa. Bila seorang sudah berjaya, mereka cari pelakon lain pula.
“Untuk pelakon lama seperti kami, kami memang sentiasa bersedia walau apapun watak yang diberi. Karakter kami ini menonjol kerana peluang yang diberikan.
“Dalam drama ini, karakter saya agak dominan. Sama seperti Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Selalunya, pelakon-pelakon berusia ini hanya akan bawa watak tempelan.
“Namun sejak kebelakangan ini, kami diberi peluang untuk menonjol. Ini petanda positif buat industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Azza Elite terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan usahawan sensasi, Kieda Crepe terhadap bisnes kek yang diusahakannya.
Menurut Azza, Kieda seorang wanita yang mempunyai hati yang sangat mulia dan suka membantu orang lain.
“Terima kasih Kieda Crepe. Wanita yang berusaha sehabis baik untuk bantu orang lain. Lihatlah dia sendiri. Dia sangat baik di mata saya. Kieda, Allah sayangkan awak.
“Satu doa dari saya untuk Kieda serta wanita lain yang berniaga, biar Allah jaga dan sentiasa dalam perlindungan Allah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Jutawan Fakir itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan Kieda sedang berkongsi pandangannya mengenai kek coklat yang dijual oleh Azza.
Malah, Azza turut menitipkan doa buat para wanita yang bekerja keras agar diberikan ketabahan jiwa dan sentiasa berada di dalam rahmah Illahi.
“Ya Allah berikan kami kekuatan mental dan fizikal untuk bertahan dan bersabar. Pasti akan ada kemanisan yang Allah SWT janjikan buat kita wanita yang kuat bekerja.
“Terima kasih Kieda sudi support saya. Kieda baik sangat. Sayang Kieda.
“Saya sentiasa akan tunjukkan sokongan untuk semua yang berniaga. Terutamanya buat awak,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azza Elite
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...