Anak jutawan terkemuka dan usahawan, Chryseis Tan berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia dan suami, SM Faliq Nasimuddin bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Di dalam perkongsian tersebut, pewaris Berjaya Group itu mengenakan dres serba hitam sambil memegang ‘baby bump’.
“Can’t hide you any longer…” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen disusuli emoji. Chryseis turut mendedahkan usia kandungannya kini memasuki minggu ke-19.
Filem aksi Force The Movie: Selagi Bernyawa terus mencipta sukses yang tersendiri apabila ia kini sudah pun memungut sekitar RM20 juta daripada segi pungutan.
Atas berita baik itu, teraju utamanya Datuk Adi Putra sekali lagi memberikan dedikasi buat semua peminat yang menonton memberikan sokongan.
“Alhamdulillah, Terima kasih Malaysia. #AirForceTheMovie dah cecah RM20 juta kutipan box office dlm 11 hari!
“Yang belum tengok, jom ke pawagam!,” titipnya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon baharu, Aniq Suhair akui teruja apabila diberikan peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab selaku tunjang utama bagi drama terbaru yang berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali.
Menurut Aniq, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila dirinya bakal muncul di slot drama popular tanah air.
“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat watak hero. Di slot Akasia pula tu.
“Ini peluang yang saya tidak akan saya tolak. Bila saya tengok jalan cerita, pengarah dan pelakon pun hebat-habat belaka. Saya memang tak cakap banyak. Terus je sign kontrak untuk berlakon di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Seperti diketahui umum, sebelum memulakan penggambaran, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon hero dan heroin asal telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, status sebagai pelakon pengganti sedikit pun tidak melunturkan semangat bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini.
“Walaupun saya merupakan pelakon pengganti yang membawakan watak hero tapi saya tak tertekan sebaliknya saya teruja bila ditawarkan peluang seperti ini.
“Bila orang asyik kata saya ini hanyalah pelakon pengganti, saya memandangnya daripada sudut positif. Memang rezeki dah tertulis untuk saya berlakon di dalam drama ini.
“Saya tak endahkan mulut-mulut negatif yang bercakap mengenai saya. Saya dan heroin, Siti Khadijah juga telah membuktikan mereka ini salah. Kami bukan hanya sekadar pelakon pengganti.
“Buktinya, baru seminggu drama ini ditayangkan, kami tak sangka akan mendapat sambutan yang luar biasa. Di sosial media pun, drama kami trending hampir setiap hari. Itu adalah petanda baik buat kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Aniq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Langsung ditanya adakah dia berharap drama ini bakal mencetuskan fenomena yang sama seperti drama Melur Untuk Firdaus, Aniq memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi.
“Kalau kami terlalu berharap agar drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kami juga yang kecewa kalau ia tidak kesampaian.
“Jadi ekspektasi kami biasa-biasa sahaja. Kalau drama ini dapat rating yang baik, kami bersyukur. Setakat ini, kami mendapat respon yang memberangsangkan.
“Saya pun tak mahu nak bandingkan drama ini dengan drama-drama lain. Kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara, itu rezeki mereka. Apapun yang terjadi, saya tetap reda,” akhirinya.
Aniq bakal bergandingan bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Khadijah.
Sekali Lagi Cinta Kembali bersiaran di slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kehilangan isteri tercinta, nama Shuib banyak dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk selebriti seperti Zara Zya dan Wan Sharmila.
Terbaharu, Shuib dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Kisah percintaan mereka dihidu netizen yang membuat andaian kedua-duanya pergi bersama-sama menonton konsert Anuar & Ziana Zain pada Ogos lalu dan terbaharu mereka turut berpakaian sedondon menonton konsert kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-38 Shuib yang disambut semalam, bapa kepada empat cahaya mata itu meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad memuat naik gambar batu nisan dan pusara Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.
“Hari ini 12 September, hanya ada ini… Happy Birthday Shahmira Bin Muhamad,” tulis Shuib ringkas.
Penerangan ringkas yang dibuat Shuib itu mungkin bagi menjawab persoalan netizen yang kini mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan seseorang.
Menerusi pemerhatian yang dibuat di laman Instagram wanita tersebut, dia juga dilihat telah menutup ruangan komen di kedua-dua hantarannya berkaitan konsert-konsert yang pernah dihadirinya itu.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.