“Terima Kasih Jaga Saya, Aleesya Sama Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang,”-Pembantu Rumah Balik Negara Asal, Erra Fazira Akui Rasa Ketiadaannya

Share

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui berasa agak sedih apabila memaklumkan pembantu rumahnya kini terpaksa pulang ke negara asal demi menjaga ibunya yang sakit.

Jelas Erra, pembantu rumahnya itu akan pulang buat jangka masa yang agak lama dan ketiadaannya itu nanti pasti akan dirasai.

“Muti saya dah balik kampung. Cuti panjang sikit kali ni. hwaaarrr. TERASA ketiadaanya,” tulisnya.

Rasa sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Erra turut mendedahkan dia amat menghargai setiap jasa pembantu rumahnya itu lebih-lebih lagi ketika menjaga anak dan juga ibunya.

“Muti terima kasih jaga saya, jaga Aleesya sama ibu dgn penuh kasih sayang. Kembali segera ke mari tau Muti. Saya doakan ibu kamu segera sembuh dan urusan semuanya baik-baik,” katanya.

Sementara itu, pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu juga sempat menitipkan doa dan pesan semoga segala urusan pembantu rumahnya itu akan berjalan dengan lancar.

“Jimat-jimat belanja yaaa. Salam buat seisi keuarga juga saudara mara di kampung. jaga kesihatan. Jaga SOP tauuu.. love youuu

“Tayang bag tu sebab bag tu muti ngan @sharendrrazak belikan sempena harijadi hari tu. Sweetnyaaaaa diorang kan. thank you koranggg,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik diantara majikan dan juga pembantu rumahnya itu selain turut menyifatkan Erra sebagai seorang yang amat bertimbang rasa.

Sumber: Instagram Erra Fazira

IKLAN