Pelakon dan usahawan Anzalna Nasir baru-baru ini memenuhi undangan ke majlis respsi Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Apa yang mencuit hati ialah apabila Anzalna yang dirakam sedang asyik menikmati makanan sehinggakan tidak perasan pengantin lalu di belakang, sedangkan tetamu yang lain fokus memandang ke arah raja sehari itu.
“@sherry_alhadad kenapa tak bagitau i pengantin tengah jalan? @missfazura kenapa kantoikan i makan banyak! Laaaa salahkan orang… Melampau la Beyoncit ni! Tapi pengantin semalam cantik gila! Congrats again @nelydiasenrose and husband,” tulisnya.
Pernah memuat naik satu kenyataan apabila pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menyatakan hasrat untuk menjadi penyanyi.
Malah, turut dikatakan suara tercekik sudu mengenai impiannya itu.
Lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan tampil membuat kenyataan.
Merakam foto bersama Ezuwan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ini memaklumkan, mereka tidak bergaduh dan hanya bergurau sesama sendiri.
“Ada yg kata kami bergaduh sb gara2 tulisan #tercekiksudu di ig story kami few months back .. tk bergaduh pun …tp kalau @ezuwanismail dok carut kami kot belakang tk tau la kan.
“Saja ja melawak2 manja .. tak kan sensitip kot… walau mcm mana pun , kwn tetap support kawan , mengata ttp mengata eh.
P/s manager uols tidoq dah ka @jaydeesm”
Pelakon senior Jasmin Hamid telah menghadiri ke Festival Filem Malaysia Ke-30 yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dua hari lalu.
Lalu, pelakon yang berusia 46 tahun itu telah memuat naik sekeping gambar bersama seorang pelakon, Sabrina Ali ketika menghadiri ke majlis tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Sempat lagi kami berposing walaupun dah nak balik sebab bukan senang nak jumpa. Jangan lepaskan peluang.. Masyaallah cantiknya adikku ini Seniwati @sabrina_ali_dad_khan .. Sentiasa humble dan kalau jumpa, dia pasti akan tegur sapa..”
“Bukan macam ada segelintir tu, yang buat -buat tak nampak walaupun dah berselisih bahu..pastu alasan RABUN tapi kenapa orang yang sebatu jauhnya tu boleh pulak ko nampak? Nampak naw menipu ..”
“Sebelum hangpa jadi ARTIS, saya dah jalan atas KARPET MERAH tu dulu.. Siap naik pentas ambil AWARD… bukan sekadar tayang baju sponsor ke hulu ke hilir dan meramaikan majlis.. Tapi sebenarnya yang POPULAR dan TERBAIK kebanyakannya humble ,cuma yang suam -suam kuku ni yang OVER.. feeling HOLLYWOOD..”
“Walau macamana pun tak mengapa, ini semua adalah PINJAMAN ALLAH.. Pada yang RIAK , LUPA BERSYUKUR dan SOMBONG tu, satu hari nanti pasti Allah akan tarik balik nikmatNYA ..”
“Dah ramai ALLAH tunjukkan di mata saya untuk saya jadikan TELADAN dan SEMPADAN! Tak rugi pun sebenarnya jadi orang yang HUMBLE dan BERBUDI BAHASA ni.. Banyak kelebihan sebenarnya.. .”tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.