Pasti ramai yang masih ingat tentang berita bayi menghidap penyakit Ekzema kritikal yang viral baru-baru ini sehingga mendapat perhatian daripada suami pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri.

Menerusi perkongsian di Instagram bapa kepada bayi tersebut yang menggunakan nama akaun, @shahril1981, dia telah memuat naik satu gambar bersama keluarganya dan juga Nedim.

Di ruangan kapsyenya, dia telah mengucapkan terima kasih kepada Nedim serta Nora kerana sudi membantu mereka untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

IKLAN

A post shared by danial rayyan (@shahril1981) on

“Tq so much Boss Nedim&Nora Danish sbb sudi bantu kami..Semoga Allah luaskan lagi rezeki kamu sekeluarga..,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi akaun Twitter Nedim, dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan keluarga bayi tersebut semalam dan dia berharap bantuan yang diberikannya kepada keluarga itu dapat menyembuhkan penyakit anaknya secepat mungkin.

IKLAN

‘Terima Kasih Boss Nedim & Nora Danish Sebab Sudi Bantu Kami’ – Bapa Bayi Hidap Penyakit Ekzema Kritikal

‘Terima Kasih Boss Nedim & Nora Danish Sebab Sudi Bantu Kami’ – Bapa Bayi Hidap Penyakit Ekzema Kritikal

IKLAN

MH doakan segala urusan untuk memulihkan penyakit bayi comel itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber: Instagram @shahril1981 & Twitter Nedim Nazri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI