“Terima Kasih Ali Puteh,” – DS Aliff Syukri Terima Nasihat Mesej Ali Puteh, Ini Respon Bonda Rozita

Share

Biarpun pernah didakwa menjadi punca perbalahan antara keluarga Ali Puteh, namun Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur apabila pelawak itu tidak pernah memusuhinya sebaliknya sering memberi kata-kata nasihat apabila dirinya dalam masalah.

Terbaru, usahawan dan penyanyi ini berkongsi paparan skrin perbualannya dengan Ali di mana adik kepada arwah Abam itu menasihati agar mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah dan zikir Ya Latif.

“Baik rupanya org ya.. dah beberapa kali sy berbual dgn ali… terima kasih ali putih.. sungguh berguna nasihat awak.. kerana “cuba bahagia” kan saya,” jelasnya.

Rata-rata netizen turut menasihati penyanyi Bobo Di Mana itu agar berhenti menggunakan media untuk perhatian dan ia dipersetujui ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

IKLAN