Lagu single daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida, I Am Me kini memang sudah sering menjadi siulan ramai tidak kira tua atau muda.

Kalau dulu Fasha Sandha pernah berkongsi videonya di Instagram menari lagu ini tapi kini di akaun Instagram Vida sendiri dia telah berkongsi video dua pelakon serasi Redza Rosli dan Ayda Jebat menari lagu ini bersama dirinya.

Walaupun pergerakan tarian daripada Redza kelihatan sedikit kekok namun video tersebut berjaya mencuri perhatian netizen.

Ditambah lagi dengan gaya comel Ayda dan Vida, membuatkan video tersebut mendapat tontonan yang tinggi. Sejak video itu dikongsi oleh Vida jumlah tontonan telah mencecah lebih daripada 170,000 tontonan.

IKLAN

Rata-rata pengikut Vida telah meninggalkan komen bahawa mereka sangat terhibur dengan video tersebut.

eleeeeenn_lee: Bestnya…terhibur sy??

IKLAN

belenaarmel97: Memang enjoy habeh tgk kak @aydajebat sweet, abg @redzarosli & DSV shomel sangat la gelagat mreka bertiga dance #IamMe lawak ????? , next projek pnggil mreka lgi yaa @datoserivida hehe gd morning ????

rkbcxlangs: Comel ayda jebat. Dlu sy ingat dia cam gedik .. Tp bila perati lama2, dia bukan gedik pon.. Dia just happy go lucky . Selamba je dia menari2 takde control cun pun.

IKLAN

_mellboxsurprise: Hahahaha redza malu

Bukan sahaja di kalangan artis sahaja yg sering menari atau membuat cover lagu I Am Me ini, tapi netizen juga turut tidak ketinggalan.

Malah penangan lagu I Am Me ini sudah sampai ke negara Korea dan masyarakat di sana juga memuji dan mereka sangat seronok mendengar lagu tersebut.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI