“Tergamak Ke Nak Makan?,”- Kek Syatilla Melvin Berbentuk Lipas Gergasi, Ini Respon Shaheizy Sam

Share

Pelakon Shaheizy Sam atau sinonim dengan panggilan Sam ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Sam telah berkongsi foto kek  berbentuk lipas gergasi istmewa buat isterinya, pelakon Syatils Melvin bersempena dengan hari jadinya.

“Kek Anniversary decent je, tapi birthday cake dia…  Detail sungguh dengan bulu2 kat kaki tu.

“Tergamak ke nak makan? Nasib baik sedap,” tulisnya pada entri yang turut mempunyai kek lain sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Lalu, perkongsian bapa kepada dua orang cahaya mata itu telah menjadi perhatian peminat.

Selain itu, peminat mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Sam kekal harmoni selamanya.

Sekadar informasi, Sam mendirikan rumah tangga bersama Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.

Gambar: Instagram Shaheizy Sam

IKLAN