Pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui sebelum ini dia ada menerima tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood. Namun, dia terpaksa menolak peluang itu atas beberapa sebab.
Menurut Tiara faktor perbezaan budaya menjadi sebab dia melepaskan tawaran tersebut kerana enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya terpaksa menolak babak-babak yang kurang sesuai dengan cara hidup orang Asia.
Bintang berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat.
“Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada… filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk.
“Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood… sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.
“Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan,” katanya.
Bercakap mengenai perkembangan dunia lakonan tempatan ketika ini yang banyak menerima kehadiran ramai bakat baharu, Tiara berkata untuk menjadi pelakon, seseorang itu perlu bergelar disiplin yang tinggi.
Ads
Malah tidak pernah rasa jemu untuk sentiasa belajar memperbaiki mutu lakonan.
“Kena berdisiplin dan terus belajar, jangan cepat rasa bagus… kita kena sedar beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.
“Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi.
“Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem… contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut,” katanya lagi.
Ads
Pelakon drama Keluarga Bahadon ini turut mengambil contoh dirinya yang sanggup korbankan kehidupan masa muda demi menjaga nama baik sebagai seorang anak seni.
“Kalau awak cuma nak fame dan glamor, jadi influencer di Instagram sahajalah, kalau nak jadi pelakon serius kena lalui peritnya, berkorban kehidupan sosial.
“Tengok saya tak ada social life, kita pun pernah muda, tengok orang best hidup pergi sana-sini, clubbing keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.
“Ini kerana saya tak mahu ada kontroversi, saya kena pastikan diri saya keep clean supaya tak terpalit kontroversi. Selain itu tak boleh cepat melatah apabila berdepan sesuatu,” katanya.
Perkongsian tersebut diceritakan Tiara menerusi IG Live melalui akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Selasa sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember depan.
Sesi yang bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ia dikendalikan editor hiburan berpengalaman yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain Tiara, artis lain yang akan turut berkongsi kisah menarik mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin Syamsul Yusiof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperti Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A Aida.
Sesi ini yang bermula sejak Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kadang terfikir juga kenapa ramai sangat orang benci Shima?
“Sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang atau minta duit dekat mak ayah korang. Tak pernah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Shima turut memaklumkan dia sebenarnya sudah tidak kuat lagi untuk berdepan dengan cabaran yang harus dilaluinya ketika ini.
“Terus terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang Shima dah lalui sekarang. Boleh tak korang rasakan apa yang Shima rasa?,” ujarnya lagi.
Entri berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Shima supaya mengendahkan kata-kata negatif tersebut.
“Kita tak bisa puaskan hati semua orang.
“Pedulikan apa orang cakap. Kuatkan semangat dan teruskan bekerja.
“Sabar Shima. Kena kuat dan sentiasa positif.
“Sabar ye dik. Lumrah manusia.
“Sabar ye Shima. Anggap itu semua cabaran untuk kita lebih maju ke hadapan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini entri berkenaan telah pun meraih lebih 25,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Selain menyanyi, Shima juga dilihat aktif menghasilkan konten di saluran Youtube miliknya yang kini telah pun memiliki lebih 1.5 juta pengikut.
Sumber: Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Balkisyh Semundur Khan yang kini hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.
Menurut Balkisyh, usia kandungannya kini sudah memasuki bulan ketujuh dan dijangka bersalin Februari depan.
“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.
“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.
Balkisyh menambah, suami paling teruja apabila mengetahui dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.
“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.
“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulahnamanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon siri Lockdown ini juga menyatakan kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.
“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.
“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.
“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan sebaya berusia 34 tahun itu berkahwin pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Fiza Frizzy,33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga meski anak keduanya, Mohd Fahad Syamel baru berusia enam bulan.
Fiza berkata dia pada mulanya masih ragu-ragu mengenai kehamilan tersebut sehingga ditegur kenalan lalu memintanya untuk melakukan ujian kehamilan.
“Seperti kebanyakan ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti ada di antara mereka mahu ‘pasang badan’ balik, nak kembali ke bentuk badan ideal dan sebagainya.
“Tapi nak dijadikan cerita bila ke gim, saya terfikir kenapa bahagian perut ni tak pula mengecil? Bahagian lain nampak macam okay, tapi bahagian perut tidak menunjukkan perubahan.
“Kemudian bila ada sesi ukur baju (fitting) bersama stylist, dia ada bertanya mengenai bentuk perut dan minta saya untuk buat ujian kehamilan. Jadi saya buatlah semalam (ujian kehamilan), alhamdulillah positif.
“Saya belum pasti berapa usia kandungan, mungkin empat ke lima minggu. Selepas ini perlu rujuk ke doktor untuk kepastian lanjut,” katanya.
Fiza ditemui pada majlis pelancaran Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya Centre Points, pada Jumaat.
Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bagaimanapun bersyukur dan teruja atas khabar gembira sekali lagi bakal menimang cahaya mata.
“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah SWT nak bagi lepas lima bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah.
“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Sebab sebelum kami tahu mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur alhamdulillah.
“Jadi katanya inilah agaknya, kita menumpang rezeki anak. Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fiza bakal terbang ke Eropah bagi menjalani penggambaran program berbentuk travelog pada Januari 2022.
Fiza mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Februari 2018 dan anak sulung mereka di beri nama Mohd Faeeq Zuhayr.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...