“Terbaik Cerita Ni, Seram,” – Drama 44 Hari Bangkitnya Pocong Trending, Ramai Berdebar Tak Senang Duduk Tengok!

Share

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang diadaptasi menerusi kisah sebenar gangguan ketukan misteri yang tular baru-baru ini telah pun menemui penonton pada Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.

Lalu, para peminat genre seram turut memberikan reaksi sejurus menonton naskhah lakonan mantap Ellie Suriati, Riezman Khuzaimi, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi itu.

Menerusi pemerhatian MH, pengguna media sosial ada memberikan pelbagai reaksi pada akaun Instagram @bambam_studios terhadap telefilem arahan Azmir Affandi itu.

Rata-ratanya memberikan maklum balas positif selain memuji kualiti lakonan para pelakonnya, terutama Ellie Suriaty.

Malah baru-baru ini juga tular di media sosial mengenai sepotong video yang merakamkan Ellie sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berkenaan.

Telefilem tersebut turut menjadi trending hasil carian di Twitter.

IKLAN