Terakam Entiti Di Dalam Filem, Pengabdi Setan Pasti Buat Penonton Ketakutan!

Tajuk filem pun sudah cukup untuk buat MH rasa seram apatah lagi bila menonton filem ini. Pengabdi Setan, filem seram dari Indonesia yang MH maksudkan.

Jeritan demi jeritan didengari dalam panggung sambil tangan menutup mata dan ada juga yang menutup telinga kerana ketakutan.

Bulu roma turut meremang apabila tiba babak seram yang diiringi dengan kesan bunyi yang benar-benar membuat jantung berdegup kencang seolah-olah ia benar wujud di hadapan mata penonton.

Bagi penggemar filem seram pasti anda tidak kecewa menonton filem ini. Untuk pengetahuan semua, filem ini pernah ditanyangkan pada tahun 1980 di bawah arahan Sisworo Gautama Putra dan ia merupakan filem yang sangat popular ketika itu.

Kali ini, filem ini sekali menghantui orang ramai apabila ianya diberi suntingan yang lebih segar dan moden oleh pengarah, Joko Anwar.

Sinopsis 

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang ibu dan dia menghidapi penyakit aneh selama 3 tahun dan akhirnya meninggal dunia.

IKLAN

Setelah si ibu meninggal dunia, pelbagai perkara aneh mula berlaku dan mereka sekeluarga mula merasakan kewujudan si ibu di rumah mereka.

Apa yang lebih menyeramkan adalah apabila mereka mula menyedari bahawa itu bukan roh si ibu yang datang untuk menjenguk mereka tapi untuk membawa mereka pergi ke dunianya.

Menakutkan bukan? Kalau nak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi, perlu tungga hingga akhir cerita ini.

Pengarah filem ini juga berjaya menimbulkan elemen seram dengan memilih lokasi penggambaran di sebuah rumah lama yang telah ditinggalkan lebih 20 tahun dan katanya ketika sesi penggambaran, kru produksi juga turut diganggu oleh makhluk halus.

IKLAN

Jika anda sudah pergi menonton filem ini nanti pasti anda akan ternampak beberapa kelibat entiti seram yang tanpa sengaja dirakam oleh pihak produksi dan antara babak yang menampakkan kelibat entiti ini adalah ketika babak hantu bangkit dari kubur di mana jumlah pelakon hantu yang berada dalam babak tersebut terlebih seorang dan yang seorang itu adalah entiti halus tersebut!

Barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini adalah Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya dan ramai lagi.