Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, 33, berkongsi foto zaman kanak-kanak lalu membayangkan wajahnya iras anak pertama, Muhammad Bilal.
Bekas hos program MeleTOP itu memuat naik foto nostalgia berkenaan menerusi Insta Stories pada Ahad yang dirakam kandid bersama ibunya, Datin Noor Kartini.
“Tengok Masa Kecik ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya disusuli emoji ketawa.
Ads
Neelofa yang masih memilih untuk tidak berkongsi wajah penuh Bilal kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz di Instagram.
Ads
Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor berbuat demikian (belum sedia kongsi wajah anak) kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.
Ads
Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof percaya rezeki apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dia telah ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi.
Menurut Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, 51, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan
Difahamkan, syarikat yang bukan calang-calang namanya itu bakal membuka 300 cawangan di seluruh Malaysia, tahun ini.
“Dari sumber mana anda mendengar cerita ini? Jujurnya, segala-galanya masih dapat perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut.
“Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti,” katanya.
Pengarah filem Town Mall ini pada masa sama menjelaskan, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan sejak zaman muda.
“Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.
“Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya,” katanya lagi.
Imbas kembali, Eizlan Yusof yang sebelum ini sinonim dengan ketampanan wajahnya sejak diperkenalkan menerusi filem Kad Cinta pernah menjadi rebutan pelbagai jenama untuk menjadi wajah wakilan.
Malah, wajah tampan aktor berkenaan pernah terpampang dalam iklan sekitar Singapura, Thailand, Indonesia, malah, boleh dikatakan seluruh Asia.
Jadi tidak hairanlah, wajah dan pesona bekas model iklan popular era 1980-an itu sering menjadi pilihan iklan tempatan dan antarabangsa sejak dahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Eizlan Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa meraikan hari jadi suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz dengan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Kereta premium dalam rona hitam itu dikongsikan figura popular berkenaan menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.
Secara kebetulan, hari jadi suaminya juga jatuh pada sambutan Syawal tahun ini.
“Kereta raya, masyaAllah…. Birthday boy. Happy birthday sayang. Dapatlah birthday boy ‘melaram’ di jalan raya dengan kereta,” kata Neelofa.
Bagaimanupun, kereta berkenaan bukan dibeli, sebaliknya disewanya beberapa hari, bagi meraikan ulang tahun kelahiran Haris yang ke-27.
“Sis rent few days bagi birthday boy happy @rentwheels,” tulisnya menerusi perkongsian sama.
Sementara itu, Hari Raya Aidilfitiri yang disambut hari ini turut meninggalkan memori tersendiri buat Neelofa.
“Kuah Kacang tak masak lagi, roti dah beli berbakul. Alamak,” tulisnya yang turut merakamkan suasana khemah raya yang tersedia.
Bersempena hari istimewa itu, Neelofa turut menghadiahkan sebiji kek unik buat Haris.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya rasa kamilah yang original.” Itulah reaksi yang diberikan oleh pemain gitar, Nordin ketika menjawab soalan wartawan mengenai kekeliruan para peminat terhadap kumpulan rock popular, Search yang kini berpecah kepada dua.
Menurut Nordin, dia dan Kid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk keluar daripada kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 1981 itu.
“Kami tak pernah pun buat kenyataan untuk keluar daripada kumpulan Search. Namun, terpulanglah kepada peminat. Itu pilihan masing-masing. Kami tak kisah dan okay sahaja.
“Sejak kebelakangan ini, saya pun jarang melayan apa yang berlaku di sosial media.Kami lebih memberikan tumpuan dalam studio,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peminat juga bebas untuk menentukan mengenai pemilihan mereka terhadap kumpulan Search.
“Peminat berhak memilih untuk menonton konsert yang di ‘sana’ atau di sini. Kami hanya ingin ‘enjoy’ dan teruskan berkarya.
“Kami tiada niat pun untuk berlawan dengan sesiapa dan tiada tekanan juga buat kami. Kami hanya ingin habiskan konsert ini dan fokus ke perancangan seterusnya,” kongsinya lagi.
Nordin atau lebih mesra disapa Din berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Jelas seorang lagi pemain gitar, Kid pula, dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen-komen negatif meskipun ada kalanya ia agak menyakitkan.
“Walaupun peminat Search kini terbahagi kepada dua, jadi, sekarang mereka ada dua pilihan. Boleh dengarkan yang lama dan baru.
“Soal bergaduh ini memang tidak timbul sama sekali. Kami juga tidak pernah memberikan sebarang komen terhadap apa yang telah dilontarkan kepada kami walaupun kata-kata tersebut agak menyinggung perasaan.
“Apa yang penting sekarang ini adalah untuk bersikap jujur dan matang. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan berpegang kepada pegangan saya. Kalau saya ikut apa yang orang lain buat, maka, tiada beza antara kami,” kongsinya.
Lantaran itu, dia berharap agar para peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang bentuk kebaikkan.
“Jadi, saya mohon kepada peminat untuk tidak bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikkan malah, akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.
“Segala isu sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan dalaman. Sebagai contoh, sekiranya ada masalah rumah tangga, takkan semua kita nak bagitahu di sosial media. Mesti kita bincang secara peribadi,” akhirinya.
Konsert Search Rocking On Rooftop bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.
Tiket juga sudah mula dijual menerusi laman web www.fenomenasearch.com bermula pada harga RM88, RM 198 dan RM289.
Konsert kali ini juga bakal menampil vokalis baru kumpulan Search yang juga merupakan penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjalez.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...