Menyifatkan pentas Big Stage yang akan memulakan saingan pertamanya 5 Ogos depan sebagai medium terbaik buatnya untuk menonjolkan bakat, penyanyi Sissy Iman bagaimanapun terpaksa mengakui sembilan calon lain sebenarnya tidak boleh dipandang sepi.

Kata bintang ini, semua yang bertanding menerusi program muzik berbentuk realiti itu mempunyai kelebihan masing-masing, khasnya dari segi kelompok peminat yang sedia ramai berbanding dirinya.

“Kalau nak diikutkan, semuanya ada kelebihan. Misalnya daripada segi peminat mereka yang rata-ratanya ramai berbanding dengan saya. Cuma apabila ditanya siapa yang dirasakan akan memberi saingan, rasanya Wani Kayrie.

“Tengok dia je macam budak, tetapi sebenarnya dia punya banyak pengalaman dalam pertandingan dan ton suaranya juga sedap,” katanya kepada MH.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapannya menjelang Big Stage saingan pertama, penyanyi yang popular menerusi single Jatuh ini mengakui telah pun membuat persiapan rapi, sekiranya dia perlu keluar daripada zon selesa sepanjang persaingan.

IKLAN

“Memang ada yang mengenai saya menerusi lagu berentak Jazz dan RnB. Tetapi ramai juga yang tidak tahu saya ada juga nyanyikan lagu-lagu berentak lain juga secara cover version. Jadi inilah masanya untuk saya tunjuk bakat yang ada.

 

“InsyaAllah saya akan cuba lakukan yang terbaik,” kongsi Sissy ketika ditemui media pada majlis pelancaran dan pengenalan finalis The Stage yang pertama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya mengenai survivalnya sepanjang lima tahun bergelumang dalam industri seni suara, Sissy sedar ia bukanlah suatu yang mudah seperti disangka.

IKLAN

“Bila masa yang betul akan datang, ia akan datang. Mungkin lima tahun lalu kalau nama saya naik ia tidak akan beri impak sama kalau nama saya akan naik selepas ini.

 

“Tidak mengapa, dalam tempoh tersebut saya belajar bersabar tetapi pada masa sama tetap belajar untuk mendapatkan ilmu untuk membuktikan sesuatu,” akhirinya.

Foto: Instagram Sissy Iman/ Wani Kayrie

IKLAN

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155803750343435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI