Perempuan yang merokok sering dipandang ‘serong’ masyarakat terutamanya jika perbuatan itu dilakukan oleh ‘public figure’.

Kisahnya baru-baru ini, pelakon, Nad Zainal memuat naik video di belakang tabir mini telemovie, Luwak Kretek yang memerlukan dia untuk merokok.

Susulan itu, Nad awal-awal menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang perokok namun demi menjalankan tanggunjawabnya sebagai pelakon, terpaksa berbuat demikian.

“Behind The Scene…Mini Tele Luwak Kretek, Novel Kopi, Fixi. Hmmmmm naya kena merokok, sebab I benci bau rokok, I tak merokok guys… sebelum kena kecam baik bagitau,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menegur cara Nad ‘merokok’. Rata-rata menyokong kenyataan Nad bahawa dia memang tak pandai untuk merokok.

[GAMBAR] “Tengok Cara Pun Tahu Tak Pandai,”- Ini Komen Netizen Bila Nad Zainal Kongsi Video Merokok

MH lihat di ruangan komen itu lebih banyak komen positif daripada yang negatif. Apa-apapun, ‘respect’ pada Nad yang sanggup berlakon untuk merokok walaupun tidak sukakan bau asap rokok.

Kalau dilihat di dalam video itu, banyak juga puntung rokok kelihatan, berapa lamalah agaknya, Nad kena bertahan menghidu asap rokok itu ya?

Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI