Penyanyi dan pelakon, Syafiq Farhain mengakui dia ada rasa tertekan apabila memikirkan cara untuk terus kekal relevan dalam industri, apatah lagi dengan perkembangan industri seni semasa ketika ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Aku Jatuh Cinta ini mengakui bagi terus mengekalkan reputasi yang baik, dirinya perlu memberikan naskhah yang berkualiti, selain berdisiplin dalam apa saja yang dilakukan.

“Tengah Panas Ni Orang Naklah Kita. Kalau Tidak…” – Syafiq Farhain

“Memanglah kita selalu dengar mengenai istilah cepat naik, cepatlah jatuh. Asal ada gosip sahaja meletop, kalau tak ada diam. Bagi saya benda tu kenalah seiring dengan kualiti yang kita bawa.

“Jadi daripada situlah peminat akan tetap ingat dan mengikuti perkembangan diri kita. Tengah panas ni orang naklah kita. Kalau tidak memang agak sukar,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, anak kepada Allahyarham Saleem ini ditemui di set penggambaran filem Hero The Movie di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut sama terlibat di dalam filem genre aksi humor itu ialah Hisyam Hamid, Bell Ngasri dan Elisya Sandha.

“Tengah Panas Ni Orang Naklah Kita. Kalau Tidak…” – Syafiq Farhain

IKLAN

Ditanya mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Syafiq bertuah kerana para pelakon dan krew terlibat banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang penggambaran.

“Kalau nak diikutkan, scene saya tidaklah terlalu banyak. Cuma sebagai pelakon baru sudah tentulah saya juga perlukan panduan dan tunjuk ajar. Para pelakon sedia ada dan krew ada juga membantu dan saya pun ada bertanya itu dan ini.

“Jadi ia memudahkan proses penggambaran. Menerusi filem tersebut, saya memegang watak sebagai Rafi iaitu penyelia kepada skuad yang disertai Hisyam Hamid,” kongsinya.

IKLAN

“Tengah Panas Ni Orang Naklah Kita. Kalau Tidak…” – Syafiq Farhain

Dalam perkembangan lain, Syafiq juga sedang menjalani penggambaran program travelog berjudul Apa Lagi, Terengganulah.

Foto: Instagram Syafiq Farhain

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI